Blogger Backgrounds

DArI hAtI~

SiMpULaN UkHwAH~



Photobucket

Photobucket

Photobucket

Tuesday, February 8, 2011

JiKa RaSuLuLLaH BeRsAmA KiTa~


Marilah sahabat2ku sama2 kita renungkan...

Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin Allah tiba-tiba muncul mengetuk rumah kita. Beliau datang dengan tersenyum dan muka bersih di muka pintu rumah kita. Apa yang akan kita lakukan?

Mestinya kita akan sangat berbahagia memeluk beliau erat-erat dan lantas mempersilakan beliau masuk ke ruang tamu kita. Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat agar Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di rumah kita. Beliau tentu tersenyum...


Tapi barangkali, kita meminta pula Rasulullah SAW menunggu sebentar di depan pintu kerana kita teringat video CD Rated 18xxx yang ada di ruang tengah, dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu CD tersebut ke dalam. Beliau tentu tetap tersenyum...


Atau barangkali, kita teringat akan lukisan wanita separuh telanjang yang kita gantung diruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa... Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan Muhammad yang ada di ruang samping dan meletakkannya di ruang tamu. Beliau tentu tersenyum...

Bagaimana bila Rasulullah SAW bersedia menginap di rumah kita?
Barangkali kita teringat bahawa anak kita lebih hafal lagu-lagu barat daripada menghafal selawat kepada Nabi. Barangkali kita menjadi malu bahawa anak-anak tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah SAW, kerana kita lupa dan lalai mengajari anak-anak kita. Beliau tentu tersenyum...

Barangkali kita jadi malu bahawa anak-anak kita tidak mengetahui satupun nama keluarga Rasulullah SAW dan sahabatnya, tetapi hafal di luar kepala mengenai anggota Power Rangers atau Penyu Ninja.

Barangkali kita terpaksa menukar satu kamar mandi menjadi ruang solat.

Barangkali kita teringat bahawa perempuan dirumah kita tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah SAW. Beliau tentu tersenyum...

Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita...
Belum lagi koleksi kaset/CD kita dan anak-anak kita...
Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita...
Kemanakah kita harus menyingkirkan semua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita?

Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahawa kita tidak ke masjid meskipun azan berbunyi. Beliau tentu tersenyum...

Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat azan Maghrib, keluarga kita malah sibuk di depan TV.

Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi.

Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah menjalankan solat sunat.

Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita jarang membaca Al-Quran.

Barangkali kita menjadi malu bahawa kita tidak mengenal tetangga-tetangga kita.
Beliau tentu tersenyum...

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari lewat di depan rumah kita.

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah bertanya tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di tempat kita. Betapa senyum beliau masih ada di situ...

Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul di depan rumah kita... Apa yang akan kita lakukan?

Masihkan kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan beliau masuk dan menginap di rumah kita?
Atau akhirnya dengan berat hati kita akan menolak beliau berkunjung ke rumah kerana hal itu akan sangat membuat kita kalut dan malu?

Maafkan kami, ya Rasulullah...
Masihkah beliau tersenyum...?
Senyum pilu, senyum sedih dan senyum getir...
Oh, betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah...

~bisikan nurani~

Sunday, February 6, 2011

SaBaRLAh~


Assalamualaikum..

"Lapaqnya la nie", keluh perutku..hmm...perasaan lapar ini tidak dapat ku bendung..ku jengah almari berisi makanan, namun keluhan hampa diluahkan..k0s0ng! Tak percaya selama ini ianya penuh berisi bekalan makanan, k0s0ng tidak berisi..hanya ada biskut yang sudah lemau..serbuk teh yang masih penuh namun ketiadaan gula membantutkan hajat untuk membancuh teh..ku cari-cari maggi yang selama ini memenuhi st0k makanan..namun, tiada juga..hampa..walau ku tahu maggi tidak baik untuk kesihatan, apalah dayaku..saat perut mel0njak minta diisi, hanya maggi penawar laparku..

Entah kali yg ke berapa, aku bersin lagi..0h, banyaknya bacteria di dalam hidung..beranak-pinak sudah..ku gagahkan diri jua menaip..inilah rutinku..pabila hati resah, sukar untuk diluahkan pada manusia..lebih mudah ku luahkan dengan menulis..selain berbicara dengan Pemilik Hati Sebenar, ku senang berbicara pada maya..tak ku sedar, ada titisan hangat mengalir di pipi.." Ah, mengapa kau menitis lagi.." jerit batinku..sudahlah jiwa..bersabarlah..bagiku, menangis itu satu kekuatan..satu kepuasan..titisan itu rancak lagi mengalir..membasahi pipi..mengapa ditangisi..?

Lumrah se0rang insan..pabila kesedihan menjengah rasa, pasti hati mula rawan..namun, aku berazam, kesedihan ini hanya sementara..hanya sementara!! Ya Allah, terasa nak marah pada 0rang sekarang..Bantulah aku meredakan kemarahan ini..Lantas, teringat pesan Rasulullah s.a.w, jangan marah sehinggakan baginda mengulangi sebanyak tiga kali..kembali reda..walau jiwa berkecamuk...tenanglah...

Kata Hilal Asyraf, dengan apa engkau menghukum 0rang yg berdosa, dengan pandangan rahmat atau kebencian nista..ketahuilah 0rang yg membenci tidak akan mencinta..jadi, aku mengalah..maafkanlah kerna aku sedang belajar untuk melupakan..

"Dan Allah menyukai orang-orang yang sabar." (Ali Imran:146)


~bisikan nurani~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...