Blogger Backgrounds

DArI hAtI~

SiMpULaN UkHwAH~



Photobucket

Photobucket

Photobucket

Saturday, July 9, 2011

MaNuSiA MuDaH LuPa~


Tatkala di alam azali..
Manusia telah berjanji dengan sepenuh hati..
Bahawa tidak akan sesekali..
Memungkiri janji yang terpatri..
Janji bukan sebarang janji..
Bahawa hanya Ilahi yang akan ditaati..
Tanpa rasa berbelah bahagi..

Hampa tiba saatnya manusia menjengah fana dunia..
Menangis meronta-ronta seakan tidak rela..
Tangisan bermakna tanda perlu bersedia..
Melaksanakan janji yang telah dibina..
Pilu rasanya kala bergelar manusia yang mudah lupa...
Tiba masanya janji hanya sekadar mainan bibir yang acap kali berdusta..

Kini, dunia yang diangungkan sebagai raja semakin tua..
Manusia tidak lagi gentar pada Allah, Yang Maha Kuasa..
Bertunjangkan nafsu yang ligat bertepuk tangan..
Syaitan dan iblis ketawa bergelimpangan..
Menyaksikan musnahnya pentas kehidupan manusia yang kian jauh dari Tuhan..

Oh, manusia yang mudah lupa..
Sampai bila kuasa dan harta menjadi pujaan..?
Sampai bila maruah agama sanggup engkau gadaikan...?
Sudah lupakah engkau bila-bila masa sahaja nyawamu kan dijemput Tuhan? 
Dengan rentapan yang kasar atau penerimaan yang mengasyikkan?

Inilah kisah drama kehidupan manusia...
Yang tidakkan tamat selagi tidak kedengaran ngerinya tiupan sangkakala...
Oh, manusia....
Lupakah engkau akan ni'matnya syurga?
Lupakah engkau akan azabnya neraka?
Atau engkau hanya berpura-pura lupa?
Mahu bertaubat kala usia menjengah tua..
Betapa pastinya engkau nyawamu akan kekal lama..
Apa kan jadi kala malaikat maut sekarang menjelma?
Kala engkau sibuk berketawa dengan hiburan dunia..

Benarlah..
Manusia mudah lupa..

~bisikan nurani~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...