Blogger Backgrounds

DArI hAtI~

SiMpULaN UkHwAH~

Friday, June 10, 2011

BiNgKiSaN BuAt KaMu~



Assalamualaikum & Salam sayang dari kejauhan..Ingatlah..Walau kita jauh, tapi itu hanya jarak yang memisahkan..Yang penting hati kita sentiasa dekat..Saling dekat kerana matlamat kita sebagai khalifah di muka bumi ini ialah untuk mendekatkan diri serta beribadah kepada Allah..Alhamdulillah..Masih diberi nafas untuk meneruskan kehidupan ini walau tidak tahu bilakah ajal kan menjemput pergi..Harap maaf kerana sudah lama tidak menulis atau berk0ngsi apa2 di laman sesawang ini..’Maafkan khilafku, wahai bl0g”, m0n0l0g dalaman penulis kepada bl0gnya..


Apa yang membuatkan diriku terpanggil untuk menulis kembali ialah atas beberapa sebab..Hmmm..Untuk berk0ngsi pengalaman & untuk menjernihkan salah faham yang telah berlaku..Tetapi, pada kali ini, penulis ingin berk0ngsi pengalaman terlebih dahulu..Memandangkan penulis mendapat tahu bahawa hari ini ialah salah satu hari yang bersejarah bagi adik2 lepasan matrikulasi kerana keputusan kemasukan ke USM sudah pun dikeluarkan..Laman muka buku a.k.a faceb00k menjadi medan untuk mereka meluahkan perasaan sama ada sedih, gembira & keliru..Penulis hanya mampu tersenyum melihat suasana ini, lantas mengimbau kembali detik2 yang juga pernah berlaku kira2 setahun yang lalu..


Ke hadapan adik2 ku yang dikasihi, (cewah, ala2 surat tidak rasmi plak kan..=p)

Setahun yang lalu, saat akak melayani kesibukan diri sebagai AJKO MPPB 2010/2011 (time adik2 masuk matrik), akak dikejutkan dengan satu berita bahawa akak telah mendapat tawaran masuk ke USM dalam bidang Farmasi..Bayangkanlah adik2 perasaan akak pada masa itu..Tak berkelip akak memandang skrin lapt0p..Se0lah-0lah menembusi ke alam separuh sedar..Sebaik kembali ke keadaan n0rmal, hehe, Alhamdulillah..Syukur akak panjatkan kepada Allah kerana memilih akak..Tapi, oleh sebab, akak dapat bidang Farmasi, akak diwajibkan untuk menghadiri sesi temuduga terlebih dahulu..Gurlp!! Nampak saja perkataan ‘temuduga’, kalau 0rang putih kata, interview, terus sahaja terasa h0rm0n2 badan akak dirembeskan dengan pantas sekali..Seram sejuk saja..Maklumlah, pertama kali nak ke sesi temuduga..Zer0 experience ab0ut interview..! Tambahan pula, masa itu, akak masih lagi menjalankan tugas sebagai AJKO..baru dua hari..Sedangkan temu duga akak lagi 2 hari saja..Akak masih ingat, akak dapat tahu hari Selasa, dan hari temu duga jatuh pada hari Khamis..


Jadi, alkisahnya, akak pun terus la telefon mak ayah untuk ambil akak pada kees0kan harinya iaitu hari Rabu..Memang kelam kabut jugak la..Sebabnya, akak tak sempat nak buat persediaan yang banyak untuk interview tersebut..Akak sempat minta tips2 dari seni0r2 yang turut hadir sebagai AJKO..Alhamdulillah, dipendekkan cerita, pada malam hari sebelum nak ke temu duga, akak sempat la baca sedikit tentang ‘what is pharmacy all ab0ut?’..

Pada pagi hari Khamis, akak pun sampai la pada awal pagi di USM Penang..dekat saja dengan rumah akak..Saat nama akak dipanggil untuk masuk ke bilik temuduga, seram sejuk terasa sehingga ke tulang2..Ringkasnya, 0leh sebab akak terlampau berdebar, akak tergagap-gagap menjawab s0alan yang diajukan terutama ketika diminta untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris..


Hasilnya, setelah keputusan temu duga dikeluarkan, akak tidak berpeluang ke bidang Farmasi di USM..pada mulanya, akak kecewa..Tapi, akak lantas tersedar bahawa kadang2 apa yang kita rasakan terbaik untuk diri kita, tapi belum tentu terbaik di sisi Allah..Akak pun dengan sabar menunggu keputusan UPU..

Alhamdulillah..bila keputusan UPU diumumkan, akak rasa bersyukur sebab akak mendapat tawaran dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan a.k.a Biomedic..Pada mulanya, akak tak yakin mampu menghadapi tekanan dari subjek2 yang agak memerlukan persediaan mental, tapi buktinya sampai sekarang, akak rasa sangat bersyukur dapat bidang ini..Semasa akak isi USM dulu adik2, akak memang letak Farmasi as a first ch0ice, tapi bila akak isi UPU, akak letak Biomedic as a first ch0ice..Sebab apa? Sebab akak minat subjek Kimia as well as subjek Biology..Jadi, kalau dapat mana satu pun, akak terima saja..


Mungkin kisah akak ini sedikit berbeza dengan keadaan adik2 pada masa sekarang..Sebabnya, adik2 sekarang rasa dilema sama ada nak terima tawaran USM ataupun tidak..Tapi, diharapkan kisah akak dapat dijadikan ‘ibrah (iktibar) kepada adik2 serba sedikit..Akak harap sangat, dan m0h0n dengan sangat, sebelum adik2 nak klik butang Terima/Tolak tawaran USM ini, diharapkan adik2 minta lah petunjuk dari ALLAH..Kerana ALLAH adalah sebaik-baik Perancang, adik2..Buat solat sunat isthikharah dulu, dan puasa pada siang harinya sebelum adik2 nak buat solat sunat isthikharah agar keputusan yang adik2 akan buat tidak dikuasai oleh nafsu semata-mata..


Dan jangan lupa untuk berbincang dengan mak ayah juga ya..Kerana redha Allah terletak pada keredhaan ibu bapa kita..Kalau adik betul2 minat bidang yang adik dapat, tapi mak ayah halang, adik bincang el0k2 dengan mak ayah..Kalau adik2 dapat bidang yang adik2 tak minat, ingatlah, minat ini b0leh datang kemudian adik2..Kalau adik2 tak tahu bidang yang adik dapat ini mengenai apa, pendek kata ‘blur’ nak belajar apa, buat rujukan pada internet ataupun seni0r2..InsyaAllah, ilmu Allah ni luas adik2..Sebab tak tahu la, kita belajar kan..


D0a akak, sem0ga adik2 dapat membuat keputusan yang terbaik..Anggaplah ini sebagai satu batu l0ncatan untuk adik2 menjadi lebih matang dalam membuat keputusan..Ingatlah..dalam menempuhi kehidupan ini, nak tak nak, mahu tak mahu, kita akan berhadapan dengan situasi untuk membuat keputusan..Sem0ga berjaya! (^_^)


Akhir kalam,


~Buat adik2 yang tak dapat apa yang diinginkan..~


Kdg2 apa Yg kita Nak tU biLa x Dapat,
Kita cepat mengeLUh dan berSediH..

seDangkan SebEnarNYa Allah nak beri Yg lebiH Baik utk kita..

Cuma kita Yang x SeDarinYa..
sebab terLaLu brseDih keHilanGan apa Yang terLalu kita inGinkaN...

Allah inGin menGuji keSabaRan kita :)

JaDi, Jangn brSedih jika KehiLangn sesuatU..kerNa insyaAllah keLak jika kita
brsaBar kita akan peroleHi yg lebih Baik ^_^


~Buat adik2 yang dilema dalam membuat keputusan~


Surah Al-Baqarah Ayat 216 :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

~bisikan nurani~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...