Blogger Backgrounds

DArI hAtI~

SiMpULaN UkHwAH~



Photobucket

Photobucket

Photobucket

Thursday, July 14, 2011

IsTiMeWaNyA KoLeJ 17, UPM~


Hik3..Tiba2 ada gambar katil..Ni la katil penulis di Kolej 17..Rindu..:( 
Assalamualaikum & Selamat petang..Sambil menikmati kepanasan udara Pulau Pinang, penulis sempat menjelajah ke muka buku adik2 lepasan matrikulasi yang sangat takut + gabra + cuak + nervous + nak tercabut jantung menanti hari esok..Bagi yang ketinggalan train, ha esok adalah tarikh keramat buat mereka..Alkisahnya,  esoklah keputusan UPU akan dihebahkan atau dalam erti kata lain mereka akan mendapat khabar gembira hala tuju pencarian ilmu selepas menamatkan alam matrik..Ketahuilah adik2 ku, penulis juga pernah merasainya setahun yang lalu..Pasti perasaan adik2 sangatlah difahami bukan sahaja oleh penulis, malah rakan2 penulis yang lain..Penulis tidak lah berhasrat panjang untuk berceloteh tentang hari esok, TETAPI penulis sekadar nak berkongsi mengenai universiti yang telah ditakdirkan untuk penulis mengembara mencari ilmu..

IAITU UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)..hik3..

Hmmm..tetapi (banyak sangat tapi ni, aishhh..) penulis tak nak la tulis panjang lebar pasal UPM ni..Sebab banyak sangat nak diceritakan..Plus gambar2 pun banyak nak letak..Jadi, penulis hanya nak ceritakan tentang kolej dan fakulti penulis sahaja..Semoga bermanfaat buat adik2 yang akan menetap di kolej penulis..=)

KOLEJ 17, itulah nama yang diberi pada kolej penulis..Penulis sangat sayang pada kolej ini..Pelajar2 yang tinggal di kolej ini sangat bertuah kerana jarak antara kolej ke fakulti mengambil masa selama 5 minit kalau jalan laju2 dan dalam 10 minit kalau jalan lenggang kangkung..hik3..Maksudnya, tak perlu susah2 naik bas la nak ke kuliah seperti pelajar2 kolej lain di UPM..

Pelajar2 di kolej 17 mengambil jurusan Doktor Perubatan, Bioperubatan, Doktor Veterinar, Jururawat, Dietetik, Keselamatan Pekerjaan & Persekitaran serta Pemakanan & Kesihatan Komuniti..Fakulti pula hanya bersebelahan dengan kolej iaitu Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan..=)  

Mari kita selusuri fakta tertubuhnya kolej 17..


Bawah sebelah kanan = Surau Khulafa' Ar-Rasyidin

Kelihatan juga blok2 kediaman..

Kemudahan sukan yang disediakan.. 


Laluan pelajar2 di hadapan blok kediaman.. 

Jambatan yang menghubungi pusat pelajar.. 


Kelihatan bangunan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan.. 

Cantik kan..!

Ni lah surau kolej..Rajin2 datang tau..hik3.. 


Cafe!! hik3..Nak makan, datang la cafe.. 

Kolej Tujuh Belas mula dibangunkan pada 10 Julai 2003  bersama-sama dengan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan  dengan anggaran kos RM 202 juta dan siap dibina  sepenuhnya pada 10 Januari 2006.

Kolej ini menempatkan pelajar-pelajar dari Fakulti  Perubatan dan Sains Kesihatan serta Fakulti Perubatan Veterinar. Pada umumnya, terdapat 4 blok bangunan penginapan pelajar iaitu blok A dan B bagi pelajar wanita manakala blok C dan D bagi pelajar lelaki, sebuah surau, sebuah bangunan kiosk pelajar, sebuah kafetaria, sebuah rumah pengetua dan 4 unit rumah felo.

Kapasiti yang boleh ditampung bagi keseluruhan bilik di blok A, B, C dan D adalah seramai 2,000 orang.

diambil dari sini -------> http://www.k17.upm.edu.my 

Jom rehatkan mata lagi..hik3..


Ini ialah tangki air Kolej 17..hik3..

Ha..cantik kan..pemandangan dari atas...

Ini ialah bangunan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan..

Ha ni sebahagian bangunan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan..
Harap maaf, penulis tak simpan gambar Fakulti Veterinar..hik3..Ianya terletak di luar kolej, tetapi jaraknya dekat sahaja..Dalam 10 minit la kalau jalan kaki..Baru sahaja dibina..Cantik!

Akhir kalam, SELAMAT BERJAYA kepada adik2 tak kira di mana peluang yang anda dapat untuk melanjutkan pelajaran..Yang penting, bersyukurlah dan mulakan semangat baru!!
~bisikan nurani~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...