Blogger Backgrounds

DArI hAtI~

SiMpULaN UkHwAH~



Photobucket

Photobucket

Photobucket

Monday, July 11, 2011

KeK CokLaT TaNpA MenTeGa & TeLuR~

Assalamualaikum..Kala jiwa dirundung nestapa, ada baiknya diriku cari penawarnya agak tidak lekas merebak jangkitan dukanya..Ubah topik lah ya..Sempena musim Ramadhan yang tidak lama lagi akan membuka tirainya, pasti suri2 rumah tangga ingin menambah selera anak2 dengan hidangan yang enak aneka rasa..Kanak2 memang suka menikmati juadah manisan seperti kek..Namun, kebetulan pada hari yang dijanjikan untuk anda menyediakan kek special kepada mereka, terbantut tatkala kehabisan stok MENTEGA dan TELUR..Alahai, nak ke kedai terasa malas dek cuaca panas..Tambahan pula, suami gunakan kereta...Kedai pula terletak nun jauh di sana..JANGAN RISAU..hehe..Kek special masih boleh disediakan tanpa MENTEGA dan TELUR..TAK PERCAYA? Ha, mari saya kongsikan bahan2 serta cara membuatnya..Memandangkan anak2 suka sangat dengan KEK COKLAT, jadi kita buat lah kek coklat ya..(Sebelum itu, penulis masih belum berkahwin dan sudah tentu masih tidak mempunyai anak..Sengaja nak gunakan perkataan anak2..=p)

KEK COKLAT  BERCERI (sebab penulis letak ceri hijau sebagai hiasan)

BAHAN2 NYA:

1 cawan tepung gandum (tepung kek pun boleh, penulis guna tepung kek)
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang (penulis guna gula biasa, boleh saja, gula perang lagi sedap la)
1 & 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais tau)
1/2 cawan minyak masak sayuran @ minyak jagung (penulis guna saja minyak masak)
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar susu tepung (nak letak lebih pun boleh)
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil serbuk kopi (penulis guna vico)
1 sudu kecil cuka @ jus lemon (penulis guna cuka)
Secubit garam

Mudah kan nak dapat bahan2 nya? Tanpa MENTEGA & TELUR..

CARA2 NYA:

1) Panaskan oven pada suhu 160 degree (Ni oven penulis la..Bergantung pada oven yang anda gunakan..)

2) Ayak tepung bersama baking powder, dan serbuk koko dalam bekas besar.

3) Masukkan susu tepung. garam dan gula perang. Kemudian kacau rata2 menggunakan mixer.

4) Selepas itu, boleh lah masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanilla, & serbuk kopi. Kacau perlahan-lahan dan pastikan adunan tidak berketul.

5) Tuang ke dalam loyang kek sebarang bentuk yang anda suka. (Penulis guna loyang kek bulat)

6) Akhirnya, masukkan ke dalam oven untuk dibakar..!

Setelah kek anda masak, seperti biasa, letakkan toping coklat di atasnya..Hiaslah mengikut kreativiti anda ya..(Penulis taburkan srbuk badam dan hiaskan dengan ceri2 hijau..) 

SELAMAT MENCUBA..! JIMAT, tanpa MENTEGA & TELUR..


Oleh sebab adik2 penulis dah x sabar nak makan, inilah gambar yg sempat diambil.. 


Adik bongsu penulis yang sangat suka makan kek coklat..

~bisikan nurani~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...