Blogger Backgrounds

DArI hAtI~

SiMpULaN UkHwAH~

Tuesday, May 25, 2010

Sa’Ad DiKaHwiNkAN DgN BiDaDaRi SyUrGa~



ABBAS berkata: “Suatu hari, datang Sa’ad bin Assulami kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah, apakah akan terhalang seseorang itu masuk syurga disebabkan mukanya yang hitam dan hodoh?”

Lalu Rasulullah bersabda: “Tidak, demi Allah yang jiwa aku di tangannya selama kamu yakin kepada Tuhan kamu dan ajaran Rasul-Nya.”

Maka Sa’ad berkata: “Ya Rasulullah, demi Allah yang memuliakan kamu dengan kenabian. Saya mengucapkan kalimah syahadat kira-kira lapan bulan lalu dan saya datang ke sini untuk meminang orang yang ada di sini, tetapi semua mereka menolak kerana mengatakan saya ini hitam dan hodoh”.

Sa’ad berkata lagi: “Ya Rasulullah, sebenarnya saya adalah daripada keturunan yang baik iaitu suku Bani Sulaim, hodohnya saya adalah daripada keturunan ibu saya.”

Kemudian Rasulullah bertanya kepada yang hadir: “Adakah Amru bin Wahab yang baru masuk Islam daripada suku Tsaqief berada di sini?”

Maka yang hadir berkata: “Tidak ya Rasulullah.”

Lalu Rasulullah bertanya kepada Sa’ad: “Adakah kamu mengetahui di mana rumahnya?”

Sa’ad berkata: “Ya, saya tahu di mana rumahnya, ya Rasulullah.”

Rasulullah berkata: “Pergilah kamu ketuk rumahnya perlahan-lahan kemudian kamu beri salam kepadanya. Apabila dia mengizinkan kamu masuk, maka katakan kepadanya bahawa Rasulullah mengahwinkan aku dengan puterinya.”

Amru mempunyai seorang puteri yang cantik dan cerdik iaitu Atiqah.

Selepas Sa’ad tiba di rumah Amru, dia disambut dengan baik walaupun Amru tidak berapa senang dengan kedatangannya disebabkan mukanya yang hitam dan hodoh.

Amru semakin tidak senang apabila Sa’ad menyampaikan kata-kata Rasulullah. Dia menolaknya dengan cara kasar hingga menyebabkan Sa’ad keluar dan terus bertemu Rasulullah.

Selepas Sa’ad pergi, maka puterinya berkata: “Wahai ayah, carilah selamat sebelum turunnya wahyu membuka perbuatan kamu. Jika benar Rasulullah mengahwinkan aku dengan orang itu, maka aku terima dengan hati terbuka dan rela atas apa yang diredakan oleh Allah dan Rasul-Nya untukku.”

Maka pergilah Amru ke majlis Rasulullah dan dia ditegur oleh orang yang berada di situ: “Jadi kamulah orang yang menolak pinangan Rasulullah?”

Amru berkata: “Ya benar, tetapi aku minta ampun kepada Allah kerana aku sangka dia berdusta. Apabila aku dapati dia benar maka aku terima dia dan sedia mengahwinkan dia dengan puteriku. Kami berlindung jangan sampai Allah dan Rasul-Nya menjadi murka.”

Selepas itu, Sa’ad pun dikahwinkan dengan mahar sebanyak 400 dirham. Rasulullah memberitahu khabar itu kepadanya dan menyuruhnya pergi kepada isterinya.

Lalu Sa’ad berkata: “Ya Rasulullah, demi Allah yang mengutuskan kamu sebagai nabi, saya sesungguhnya tidak ada wang dan saya terpaksa minta daripada saudara saya.”

Rasulullah berkata: “Mahar untuk isteri kamu ditanggung oleh tiga orang daripada kaum mukminin. Pergilah kamu kepada Usman bin Affan dan kamu akan terima sebanyak 200 dirham. Kemudian kamu pergi kepada Abdurrahman bin Auf, kamu akan mendapat 200 dirham dan kamu pergi kepada Ali bin Abi Talib, juga sebanyak 200 dirham.”

Maka Sa’ad pun pergi ke rumah Usman dan menerima lebih daripada yang disebut Rasulullah, kemudian kepada Abdurrahman, dia menerima lebih daripada 200 dirham dan akhir sekali ke rumah Ali, juga menerima lebih 200 dirham.

Sebaik saja Sa’ad mendapat wang itu, dia pergi ke pasar untuk membeli buah tangan untuk isterinya, tetapi tiba-tiba dia mendengar suara yang mengatakan: “Hai kuda Allah, bergeraklah kamu!

Kemudian Sa’ad mendengar suara Rasulullah berkata: “Keluarlah kamu untuk berjihad! keluarlah untuk berjihad!”

Maka Sa’ad memandang ke langit sambil berdoa: “Ya Allah, Tuhan Pencipta langit dan bumi, Tuhan kepada Muhammad maka akan aku gunakan wang ini untuk membeli sesuatu yang lebih disukai Allah dan Rasul.”

Sa’ad menggunakan wang itu untuk membeli kuda, pedang, tombak dan perisai lalu dia menguatkan ikatan serban serta pinggangnya. Dia memakai topi yang cuma kelihatan dua biji mata saja lalu dia berdiri tegak di barisan depan Muhajirin hingga semua orang bertanya kepada Ali.

Maka Ali berkata: “Biarkan, mungkin dia dari Bahrain atau dari Syam dan mungkin dia datang untuk menanyakan agama sebab itu dia ingin mengorbankan diri untuk keselamatan kamu.”

Kemudian Sa’ad maju ke depan dengan menggunakan tombak dan pedangnya untuk memukul serta memenggal kepala orang kafir.

Sa’ad berjuang hingga kudanya sendiri tidak kuat lagi, maka dia pun turun daripada kudanya, dia menyinsing lengannya maka dilihat oleh Rasulullah lengannya yang hitam, lalu Rasulullah berkata: “Adakah kamu Sa’ad?”

Maka Sa’ad mengaku dan terus menghadapi musuh. Akhirnya beliau gugur sebagai syahid.

Sebaik saja Sa’ad gugur, Rasulullah segera mendapatkannya lalu mengangkat kepalanya dan diletakkan di atas pangkuan Baginda sambil mengusap tanah yang melekat di mukanya.

Baginda bersabda: “Alangkah harum bau kamu, alangkah kasihnya Allah dan Rasul kepada kamu.”

Rasulullah menangis dan kemudian tertawa, lalu Baginda memalingkan mukanya serta bersabda: “Kini dia sudah sampai di Haudh, demi Tuhan yang mempunyai Kaabah.”

Selepas Rasulullah berkata demikian maka Abu Lubabah bertanya: “Ya Rasulullah, apakah Haudh itu?”

Maka Rasulullah pun menerangkan: “Haudh itu ialah telaga yang diberikan Allah kepadaku dan lebarnya ialah di antara Shan’aa Yaman hingga Busra, di tepi telaga dihiasi permata dan mutiara, airnya lebih putih daripada susu dan rasanya lebih manis daripada madu, barang siapa yang minum sekali, maka dia tidak akan haus untuk selama-lamanya.”

Kemudian Rasulullah ditanya lagi: “Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis dan kemudian ketawa dan terus berpaling muka daripadanya?”

Lalu Rasulullah bersabda: “Aku menangis kerana rindu kepada Sa’ad dan aku tertawa kerana gembira melihat kemuliaan yang diberikan Allah kepadanya.

Aku berpaling daripadanya sebab aku melihat bakal isterinya yang terdiri daripada bidadari berebut-rebut untuk mendekatinya hingga terbuka betis mereka, maka aku pun memalingkan segera mukaku kerana malu.”

Kemudian Rasulullah pun menyuruh orang mengumpulkan pedang, tombak dan kuda Sa’ad untuk diserahkan kepada bakal isterinya yang sudah diakad nikah.

Selepas itu, Rasulullah memberitahu Amru (mentua Sa’ad), “Sesungguhnya Allah mengahwinkan Sa’ad dengan bidadari yang lebih cantik daripada puteri kamu..

~bisikan nurani~

Wednesday, May 19, 2010

AnAk YaNg S0LeH~



Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh berbicara terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan berbicara dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah Orang di syurga nanti yang akan bertetangga dengan aku?".Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari. Di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat yang dituju.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berhasil bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak langsung melayani Nabi Musa. Dia masuk ke dalam kamar dan melakukan sesuatu di dalam. Tidak lama kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu digendongnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Ada apa ini ?” kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian diantar lagi ke dalam kamar. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar lagi ke kamar. Setelah selesai barulah dia melayani Nabi Musa.

Nabi Musa bertanya :
"Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Agama ku Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu"

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah Orang tua kandungku. Oleh kerena mereka telah melakukan dosa yang besar,Allah telah merubah wajah mereka menjadi babi yang buruk rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajibanku sebagai anak. Setiap hari aku berbakti kepada kedua orang tuaku seperti yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku" sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampuni. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia kembali, tetapi Allah masih belum mengabulkan" tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s."'Wahai Musa, inilah orang yang akan bertetangga dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua orang tuanya. Orang tuanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi ertinya: "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua orang tuanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga"

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa orang tua yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada orang tuanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan orang tua kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau seburuk apapun perangai kedua orang tua kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak sekali dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua orang tua kita diampuni Allah S.W.T.

Doa anak yang soleh akan membantu kedua orang tuanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para orang tua di alam kubur.

Sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang, tetapi sayang seorang anak pada kedua orang tuanya ialah dengan doanya supaya kedua orang tuanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

~bisikan nurani~

KiSaH NaBi IdRiS~



DIKATAKAN punca Nabi Idris diangkat ke syurga kerana baginda melakukan amal yang banyak,jika dihitung sama dengan penduduk bumi pada waktu itu.

Maka, Malaikat Izrail (malaikat pencabut roh), menjadi cinta dan rindu sekali kepadanya.

Izrail meminta izin kepada Allah supaya dibolehkan mengunjungi Nabi Idris.Allah mengizinkannya lalu Izrail menjelma dalam bentuk manusia dan memberi salam kepada Nabi Idris,sebelum duduk di sampingnya.

Seperti biasa,Nabi Idris sedang berpuasa.Setiap kali berbuka,ada malaikat datang membawa makanan dari syurga.

Nabi Idris makan makanan itu sambil mempersilakan Izrail supaya bersamanya,namun malaikat itu tidak mahu.

Beliau terus tekun mengerjakan ibadatnya hingga terbit fajar dan matahari.Izrail setia duduk di sampingnya.

Melihat hal itu,Nabi Idris menjadi kagum dan berkata: “Hai orang lelaki,apakah engkau mahu berjalan-jalan bersama aku supaya kita boleh senang?”

Kedua-duanya lalu berjalan bersama-sama hingga tiba di sebuah ladang.Izrail bertanya: “Apakah engkau mengizinkan aku mengambil buah-buahan ini untuk kita makan bersama?”

Jawab Nabi Idris: “Maha Suci Allah,kelmarin engkau tidak mahu makan sesuatu yang halal,tetapi hari ini engkau menghendaki makan yang haram.”

Mendengar jawapan itu,Izrail diam tidak berkata.Mereka meneruskan perjalanan selama empat hari.Nabi Idris melihat keanehan orang itu yang berbeza dengan orang lain.

Maka Nabi Idris bertanya kepadanya: “Siapakah sebenarnya engkau ini?”

Jawabnya: “Aku adalah Izrail.” Nabi Idris bertanya: “Apakah engkau yang ditugaskan mencabut roh?” Balasnya: “Ya, memang tugas aku mencabut roh daripada semua makhluk Allah yang bernyawa.”

Nabi Idris berkata: “Selama empat hari bersama aku,apakah engkau akan mencabut roh manusia?”

Jawabnya: “Ya, akulah yang mencabut semua roh.Dan sesungguhnya bagi aku mencabut roh itu hanyalah seperti hidangan makanan yang aku hadapi,sama dengan halnya engkau menghadapi makanan lalu menyuapkan makanan itu layaknya.”

Nabi Idris berkata: “Hai malaikat pencabut nyawa, apakah engkau datang ini untuk sekadar berkunjung atau untuk mencabut nyawa aku?” Izrail memberitahu hanya untuk berkunjung selepas diizinkan Allah.

Nabi Idris berkata: “Hai malaikat pencabut nyawa, aku mempunyai hajat kepadamu.” Tanya Izrail: “Apakah hajatmu?”

Nabi Idris berkata: “Hajat aku supaya engkau mencabut nyawa aku dan kemudian Allah menghidupkan aku kembali, sehingga aku boleh beribadat kepada Allah sesudah aku merasakan sakitnya mati itu.”

Jawap Malaikat Izrail: “Sesungguhnya aku tidak mencabut nyawa seseorang kecuali Allah mengizinkan kepadaku.”

Maka Allah memberi wahyu: “Hai Izrail, cabutlah nyawa Idris tu!” Izrail terus mencabut nyawa Idris dan Nabi Idris pun mati seketika itu juga.

Izrail menangis seraya merendahkan diri memohon kepada Allah supaya Dia menghidupkan kembali Nabi Idris sebagai temannya yang akrab itu. Allah mengkabulkan permintaannya dan menghidupkan Nabi Idris.

Izrail bertanya: “Hai Idris, bagaimana rasanya mati itu?”

Idris menjawab: “Rasanya seperti binatang terkupas kulitnya dalam keadaan hidup, maka sakit mati itupun melebihi daripadanya seribu kali lipat.”

Izrail berkata: “Cara hati-hati dan halus yang aku lakukan pada waktu mencabut nyawa engkau itu dan belum pernah aku lakukan terhadap seorang pun sama sekali.”

Kemudian Nabi Idris berkata: “Hai malaikat pencabut nyawa, aku mempunyai hajat lagi iaitu ingin melihat neraka jahanam hingga aku menyembah Allah lebih giat lagi, selepas aku melihat belenggu dan bentuk seksaan yang ada dalam neraka.”

Allah memberi wahyu kepada Izrail membawa Nabi Idris ke neraka. Lalu mereka pergi dan baginda melihat penyeksaan Allah yang mengerikan. Kemudian kedua-duanya kembali.

Nabi Idris berkata: “Hai Izrail, aku punya hajat lain iaitu engkau mengajakku ke syurga hingga aku boleh melihat sesuatu yang diciptakan Allah untuk hamba-Nya dan aku akan boleh bertambah taat.”

Allah memberi wahyu kepada Izrail supaya membawa Idris ke syurga...

Subhanallah....ada sambungan..

Maka Nabi Idris melihat di dalamnya nampak bermacam-macam nikmat dan istana besar lagi indah dan beberapa anugerah yang berharga, juga tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan yang beraneka warna dan rasanya berbeza-beza. Nabi Idris berkata "Hai saudaraku, saya telah merasakan sakitnya sakaratulmaut, saya telah melihat Neraka Jahanam yang didalamnya bermacam-macam rupa seksaan dan azab neraka maka mohonlah engkau kepada Allah agar Allah mengizinkan saya untuk masuk syurga dan minum airnya agar hilang rasa sakitnya sakaratulmaut di tenggkorakku ini dan juga terhindar daripada seksaan Neraka Jahanam.

Maka Malaikat Izrail minta izin kepada Allah lalu mengizinkannya, kemudian masuklah meraka berdua ke alam syurga lalu keluar. Kemudian Nabi Idris masuk lagi ke dalam syurga dan meletakkan seliparnya di bawah pokok kayu di dalam syurga. Maka Nabi Idris berkata kepada Malaikat Izrail "Hai Malaikat Maut, selipar saya tertinggal didalam syurga di bawah pokok kayu, maka kembalikanlah saya kedalam syurga," maka Nabi Idris masuk kesyurga dan tidak mahu keluar lagi dari syurga. Maka berteriaklah Malaikat Izrail memanggil Nabi Idris agar keluar dari syurga. "Hai Idris, keluarlah engaku dari syurga." Maka Nabi Idris pun tidak mahu keluar Allah SWT telah berfirman "Tiap-tiap orang misti merasakan sakaratul maut, sedang saya sudah merasakan sakaratulmaut. Dan Allah SWT berfirman maksudnya: "Dan tidaklah mereka itu dikeluarkannya". (keluar daripada syurga).

"Siapakah yang mengeluarkan saya dari syurga" sedangkan Allah telah memberi wahyu kepada malaikat Maut. "Tinggalkanlah dia (Nabi Idris) sesungguhnya Aku telah memutuskan dia di zaman azali dahulu bahawa sesungguhnya dia (Nabi Idris) tergolong ahli dan penghuni syurga."

~bisikan nurani~

ApAkAh TiGa CaHaYa ITu~



Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Cahaya yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.

~bisikan nurani~

ApAbiLa Al - QuRaN BeRkATa~



Waktu engkau masih kanak-kanak.............

> kau laksana kawan sejatiku

> Dengan wudu', Aku kau sentuh

> dalam keadaan suci, Aku kau pegang

> Aku, kau junjung dan kau pelajari

> Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari

> Setelah selesai engkau menciumku mesra


> Sekarang engkau telah dewasa..............

> Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...

> Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?

> Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu

> Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......

> Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali

> sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan

> Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi stormu.



> Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa

> Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan

> Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian dan kesepian.

> Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.

> Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.

> Di waktu petang,Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....



> Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu

> Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia

> Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,

> Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...



> Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku (Bismillah).

> Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi

> Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu

> Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu

> Mengasyikkan.



> Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja

> Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu

> Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........

> E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan

> Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu

> Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku



> Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.

> Menonton siaran televisyen

> Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk

> Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah



> Waktupun cepat berlalu.........

> Aku semakin kusam dalam laci-laci mu

> Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

> Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali

> Itupun hanya beberapa lembar dariku.

> Dengan suara dan lafaz yang tidak semerdu dulu

> Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku

> Atau waktu kematian saudara atau taulan mu



> Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba

> Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya

> Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?

> Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu

> Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t



> Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...

> Setiap saat berlalu...

> Dan akhirnya.....

> kubur yang setia menunggu mu...........

> Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu



> Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...

> Di kuburmu nanti....

> Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.

> Yang akan membantu engkau membela diri

> Dalam perjalanan ke alam akhirat.

> Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu

> Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.



> Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.

> Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.

> Yang berasal dari Allah Azzawajalla

> Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah

> Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu

> Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......

> Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.

> Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.

> Sentuhilah Aku kembali...



> Baca dan pelajari lagi Aku....

> Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat

> Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil

> Di surau kecil kampungmu yang damai

> Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....

> Dalam bisu dan sepi....

************************************************************************

> Maha Suci Allah, yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.Semoga bermanafaat.

~bisikan nurani~

ErTi SyUkUr~UnIc~



Lafazkan Kalimah Syukur
Lafazkan Kalimah Itu
Alhamdulillah

Segalanya Yang ku Kecapi
Adalah Milikmu Ilahi -Tuhan Maha Pemurah-
Tak Kan Terbalas Walaupun Sebesar Zarah

Kenikmatan Yang Bertandang
Terkadang Tidak Dihiraukan - Lepas Dari Pandangan -
Bila Hilang Barulah Dikesalkan

Adakalanya aku Hanyut
Adakalanya aku Terlupa
Adakala aku Leka
Ampunilah
Kerana ku Manusia
Lemah dan Tidak Berdaya Di SisiMu
Seringkali Terlupa NikmatMu
Datang Tiada Jemu
Bila Terhimpit Mulalah
Mencari dan Menyebut NamaMu
Barulah Merasai Makna Sebenar Erti Syukur
Syukur Atas RahmatMu

Adakala ku Hanyut
Adakala ku Lupa
Adakala ku Leka dan Adakala ku Alpa
Kerana ku Manusia
Lemah dan Tak Berdaya
Seringkali Terlupa Nikmat Yang Kau Kurnia
Ku BerSyukur Ya Tuhan
Segala Pemberian
Walau Luas Lautan
Bukanlah Perbandingan
Ku Tingkat Keimanan
Ku Gilap Ketaqwaan
Sebagai Perlambangan
Terima Kasih ku Tuhan

Onak Duri Kehidupan
Jatuh Bangun Sendirian
Ada Hikmah Yang Tersimpan
Yang Menguji Iman

BerSyukurlah Selalu
Sentiasalah Redha dan Menerima
Tiap Ujian Tiba Bukan Diminta
Sebaliknya Allah Maha Mengetahui

Kan ku Bertasbih Selalu
Bertahmid Berzikir PadaMu
Sebagai Tanda ku Nilai
RahmatMu Tuhan

Aku BerSyukur Ya Allah
Segala PemberianMu Pada Ku
Seluas Lautan Pun Bukanlah Jadi Ukurannya
Memang Tiada Bandingan
Segalanya Yang ku Kecapi
Adalah MilikMu Ilahi -Tuhan Maha Permurah-
Bukan Miliku Pinjaman Sementara
Syukur Alhamdulillah

Sesungguhnya
Solatku
Amalku
Hidupku
Matiku
Kerna Allah Yang Satu
Kuserahkan Segala Harta Jiwa dan Raga
Sebagai Tanda Cinta
Kepadamu Yang Esa....

~bisikan nurani~

Thursday, May 13, 2010

SeKaDaR LuAhAnkaH?~




rindu kata hati...saya kata nama...apabila kata nama dan kata hati bersatu..jadila saya rindu..~

.....................................................

Rindu membelai
hamba lalu terkulai
juga terkapai

Cinta melambai
sukma hamba terbuai
terus tersadai

fahamkan hamba
apa ertinya rasa
mendatang jiwa

kerna ianya
menghilangkan duka
menerbit sirna

.............................................................

Biarlah...Biarlah segalanya nampak samar..Biarlah segalanya nampak salah..Biarlah segalanya penuh rintangan..Biarlah segalanya banyak halangan..Biarlah segalanya menjadi rahsia...Hanya antara kita berdua...Aku dan Engkau...

..............................................................

aku terkapai
terkapai dalam mimpi
mimpi yang palsu

semakin lelah
mengejar yang tak pasti
terus terbujur


kaku terbaring
tanpa ikatan pasti
terus terpana

hidup terleka
menuju yang tak pasti
alangkah rugi

.................................................................

nur dan cahaya
makin cerah berseri
terangi alam


nur dan cahaya
lembut menyinariku
pedoman suci


nur dan cahaya
pedoman kegelapan
hingga akhirnya

....................................................................

perjalananku
penuh ranjau berduri
harus ditempuh


hati menangis
meratap kehilangan
satu yang pasti


bibir tersenyum
melindungi rahsiaku
senyuman plastik!!

akal berfikir
redha ketentuanNya
senyum terukir

.........................................................

Hati terasa
Diguris sebegitu
Di hadapannya

Hati terasa
Pedihnya seksa ini
Namun, kupendam jua

Hati terasa
Kau curah segalanya
Tak kira apa jua

Hati terasa
Bila akan berakhir
Episod duka

......................................................

~bisikan nurani~

Thursday, May 6, 2010

ErTi PeRsAhAbATaN~



Assalamualaikum.insyaAllah nie p0st yg trakhir sbelum ku melangkah kaki ke KMPK,mlaksanakan tugas sbgai AJK0..d0akan ku selamat sampai dan kembali ke pulau pinang..

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita..

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan
membela diri.Kita terlupa,kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....
kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya???Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan,
harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia;
dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan,kita tidak tahu.......tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,mungkin kita akan tahu.

Renungilah.......

Salam Persahabatan terakhir.... Moga kita sama- sama mendapat keredhaan
Allah. teruskanlah perjuangan mu,sesungguhnya "Jihad Is Still Going On".
Wasssalam..- Salam Ukhuwah Dan Usrah :)

~DEDIKASI KHAS BUAT SAHABAT-SAHABATKU YG AMAT KU KASIHI..
~AZIATUL NATASHA..
~SHARIFAH ZAFIRAH..
~NUR HANISAH..
~SALINA AFILA..
~HASHAZIRA..
~IFFAH NASUHA..
~LIYANA YAHYA..
~NURUL ILLIANIDA..
~NURUL AHYA..

~bisikan nurani~

BiSkUT~



Assalamualaikum..Ada satu cerita ..Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan seseorang. Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya.

Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak disebelahnya.Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Didalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu.

"Alangkah tak malunya lelaki ni.....sudah la tak mintak izin dari aku.... makan sama banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!!!!" rungut wanita itu dalam hati.

Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu.

Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu. Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka wanita itu berkata dalam hatinya

"Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu.Pencuri besar.." Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya. Apabila dia sampai ditempat duduk nya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang.

Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok belum terbuka. Jika biskut ni ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi...

Ya ...biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.

Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenarnya...

~fikirkanlah pgajarannya ya..hehe..~

~bisikan nurani~

Wednesday, May 5, 2010

D0a yg InDaH~





Assalamualaikum...ingin ku k0ngsikan d0a yg indah buat anda..

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.-Surah Al-Baqarah ayat 216"..

Doa Yang Indah

Aku meminta kepada Allah untuk menyingkirkan penderitaanku.
Allah menjawab, Tidak. Itu bukan untuk Kusingkirkan,
tetapi agar kau mengalahkannya..

Aku meminta kepada Allah untuk menyempurnakan kecacatanku.
Allah menjawab, Tidak.Jiwa adalah sempurna, badan hanyalah sementara..

Aku meminta kepada Allah untuk menghadiahkanku kesabaran.
Allah menjawab, Tidak.Kesabaran adalah hasil dari kesulitan;
itu tidak dihadiahkan, itu harus dipelajari..

Aku meminta kepada Allah untuk memberiku kebahagiaan.
Allah menjawab, Tidak. Aku memberimu berkat.
Kebahagiaan adalah tergantung padamu..

Aku meminta kepada Allah untuk menjauhkan penderitaan.
Allah menjawab, Tidak.
Penderitaan menjauhkanmu dari perhatian duniawi
dan membawamu mendekat padaKu..

Aku meminta kepada Allah untuk menumbuhkan rohku.
Allah menjawab, Tidak. Kau harus menumbuhkannya sendiri,
tetapi Aku akan memangkas untuk membuatmu berbuah..

Aku meminta kepada Allah segala hal sehingga aku dapat menikmati hidup.
Allah menjawab, Tidak. Aku akan memberimu hidup,
sehingga kau dapat menikmati segala hal..

Aku meminta kepada Allah membantuku mengasihi orang lain,
seperti Ia mengasihiku. Allah menjawab..
Akhirnya kau mengerti.
HARI INI ADALAH MILIKMU JANGAN SIA-SIAKAN .
Bagi dunia , kamu mungkin hanyalah seseorang,
Tetapi bagi seseorang , kamu adalah dunianya...

~bisikan nurani~

BaYaNgAn Yg X PasTi~




Assalamualaikum..p0sting kali nie ialah luahan nuraniku...tiba2 tangan laju menaip...meluahkan apa yg ada di hati melalui tulisan..barangkali bisa meredakan kegusaran di hati...ingatlah dengan mengingati Allah hati menjadi tenang...aku cuba aplikasikan..dan alhamdulillah..hati lebih tenang..lantas memanggilku untuk ke alam maya..aku suka menulis...suka bermain dgn kata2..apa yg ku rasa,itu yg digarap dalam penulisanku..pabila sedih..pabila gembira..kadang2 ku x mampu luahkan pada sahabat..tiada kekuatan barangkali..berbicara pada manusia berbeza dengan berbicara pada tulisan..

dalam rancak menulis apa yg mindaku tafsirkan,tanganku terhenti...entah mengapa..ku sendiri x pasti..barangkali hati dan akalku bersatu..akal memahami apa yg hati rasakan..ibarat irama dan lagu..akal dan hati x dapat dipisahkan..

" maafkan bila ku x sempurna..maafkan jika ku sering kali melukai hatimu..maafkan kerna ku sering cuba memahami apa yg kau fikirkan,namun ternyata aku letih sendiri,ternyata ku tidak dapat memahami dirimu..kau dan aku berbeza..namun masing2 bernaung di langit yg sama barangkali..kau dan aku punya naluri..tapi tidak b0leh bersatu pada masa ini..sering kali aku tertanya,apa yg sebenarnya kau fikirkan,aku bingung mencari jawapan...namun apa yg akhirnya ku dapat,kau tidak mahu berterus terang...aku tidak mahu menafsir sendiri..menafsir bayangan yg x pasti..lantas ku bertindak mendiamkan diri..'

kau sering kali hilang bila ku tiba..dan kau datang bila ku kecewa..terasa diriku dipersenda..di mana berakhirnya nanti permainan sandiwaramu ini..sesungguhnya aku x mengerti...sungguh ku x mengerti..

kala gerimis menitis di hati,kenangan lenyap tanpa sedar...lenyap pada pandangan mata kasarku,namun tidak pada pandangan hatiku..tidak sama sekali..

akhir kalam..jika ada kesilapanku,maafkanlah aku..x mampu ku berbicara dgnmu..hanya tulisan bahasa perbicaraan..dan izinkan aku brtanya,mgapa dgnmu..jauh di sudut nurani,ku berbisik pada bulan,mungkinkah ini hanya jelmaan titip kenangan yg bernama pengalaman..

jika anda turut sama bersedih ketika ini,( manusia x dapat lari dari rasa sedih ),amalkanlah d0a ini..

~D0a buat mengubati perasaan duka~

Ya Allah,sesungguhnya aku adalah hambaMu..Ubun-ubunku dalam genggamanMu,hukumanMu berlalu padaku,Qada'Mu kepadaku adalah adil,aku m0h0n kepadaMu dengan setiap nama yg telah Kau berikan untukMu,atau yg Engkau turunkan dalam kitabMu,atau yg Engakau ajarkan kepada sese0rang daripada makhlukMu,atau yg Engkau simpankan dalam perbendaharaan ghaib dalam ilmuMu,agar Engkau jadikan Al-Quran sebagai penyejuk hatiku,cahaya dadaku,pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku..
Amin,Ya Rabbal 'Alamin..

~x ku lupa terima kasih kepada sahabat-sahabatku yg x jemu beri nasihat..akanku jadikan azimat..ku sayang kamu..terima kasih sudi bersamaku kala suka dan duka~

~bisikan nurani~

F0r ThE ResT 0f My LiFe~MaHeR ZaiN~




Assalamualaikum...ku dah tukar lagu..kali nie lagu yg cukup aku suka...bagi yg mengenaliku,sudah pasti tahu yg aku tidak suka lagu BI..tapi lagu nie mmbuatkan aku brfikir sejenak..hayati liriknya...

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Jannah
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
And theres a couple word I want to say

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

.....................................................................................

Aku memuji Allah untuk menghantar kau cintaku
Kau akhirnya pulang
Itu kau ada di sini untuk saya
Dan aku di sini anda
Sekarang biarkan aku memberitahu anda
Anda telah membuka hatiku

Aku selalu berfikir cinta itu salah
Tapi semuanya berubah saat kau muncul
Oh .. dan ada beberapa kata-kata Aku ingin mengatakan

Selama sisa hidupku aku akan bersamamu
Saya akan tinggal di samping anda jujur dan benar
'Sampai akhir waktu aku akan mencintaimu
mencintaimu
Selama sisa hidup saya melalui hari dan malam
Saya berterima kasih kepada Allah untuk membuka mata saya
Sekarang dan selamanya aku
Aku akan ke sana untuk anda
Aku tahu dalam hati saya

Aku merasa sangat diberkati ketika aku teringat padamu
Dan aku meminta Allah untuk memberkati semua yang kita lakukan
Kau isteri saya dan teman saya dan saya strenghth
Dan aku berdoa kita bersama di Jannah

Akhirnya sekarang saya mendapati diri saya merasa begitu kuat
'Segalanya menyebabkan berubah apabila anda datang
Oh .. dan ada beberapa kata-kata Aku ingin mengatakan

Selama sisa hidupku aku akan bersamamu
Saya akan tinggal di samping anda jujur dan benar
'Sampai akhir waktu aku akan mencintaimu
mencintaimu
Selama sisa hidup saya melalui hari dan malam
Saya berterima kasih kepada Allah untuk membuka mata saya
Sekarang dan selamanya aku
Aku akan ke sana untuk anda
Aku tahu dalam hati saya

Dan sekarang bahawa anda berada di depan saya
Saya sangat merasakan kasih
Dan aku tidak ragu dan saya menyanyikannya keras
Bahawa aku akan mencintaimu selamanya

Selama sisa hidupku aku akan bersamamu
Saya akan tinggal di samping anda jujur dan benar
'Sampai akhir waktu aku akan mencintaimu
mencintaimu
Selama sisa hidup saya melalui hari dan malam
Saya berterima kasih kepada Allah untuk membuka mata saya
Sekarang dan selamanya aku
Aku akan ke sana untuk anda
Aku tahu dalam hati saya...

~bisikan nurani~

BidaDari iTu AdA Di BuMi~




Assalamualaikum...alhamdulillah...masih diberi kesempatan berada dalam nikmat iman dan Islam..ada sesuatu yg menarik yg ingin ku k0ngsikan dgn kaum muslimat sekalian..puisi ini dipetik dari iluvislam.c0m..hayati isinya..kau kan temui kemanisannya bergelar se0rang muslimah..hadiah buatmu muslimah,srikandi agama..

Wahai Muslimah ku tahukah dikau….

Bidadari itu jelitawan yang sangat mekar,
Riasnya indah lagi memukau,
Lentuknya tertib lembut gemalai,
Nur kasihnya terang cemerlang terpancar,
Serba sempurna akhlak gemilang.

Wahai Muslimah ku tahukah dikau…

Sesungguhnya bidadari itu mempunyai Ratu,
Yang sangat sempurna dari yang sempurna,
Yang sangat dicemburui oleh sekaliannya,
Yang menjadi peneman paling utama,
Yang sangat memukau melebihi segalanya.

Wahai Muslimah ku tahukah dikau…

Ratu bidadari pada dunia fana ini,
Isteri solehah gelaran di beri,
Tiada tertanding akhlak dan pekerti,
Tiada terbilang kesetiaan dan ketaatan diberi,
Tiada ternilai budi dan pengorbanan pada Allah dan suami,
Itulah Ratu bidadari di alam syurgawi.

Wahai Muslimah ku tahukah dikau…

aku mengidam bertemu dengannya,
Hanya mengharap pada Ilahi,
Agar niat, amalan dan ikhlas ku di perhalusi,
Dalam merafakkan kesyukuran kepadaNya,
Agar syurga menjadi imbalannya,
Supaya hajatku menjadi terlaksana.

Wahai Muslimah ku tahukah dikau..

Sesungguhnya Ratu bidadari menjadi idamanku,
Bukan sahaja membawaku ke syurga Allah,
Malah menjadi Ratu penemanku di alam sana,
Dan menjadi harapan dan doaku selama ini ……
Agar Ratu bidadari itu adalah kamu….……

InsyaAllah…..

~bisikan nurani~

AiR MaTa Se0rAnG NaBi~






Assalamualaikum...di sini ku ingin bawakan kisah tentang detik2 terakhir insan mulia yg kita sentiasa rindui,iaitu Rasulullah s.a.w...di mana kisah ini mampu membuatkan air mata mengalir deras..biarlah air mata yg mengalir sebagai penebus d0sa kita..hayati kisah ini..m0ga b0leh diceritakan kepada sahabat2 yg lain..insyaAllah..

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya.Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.


Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.

"Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Ceritakan lahkepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

Andai Rasulullah s.a.w sanggup berkorban apa sahaja yang termampu kerana mencintai kita demi ALLAH, mengapa kita walaupun mampu tetapi tak sanggup menuruti sunnahnya dan perintah ALLAH..Hebat sangatkah apabila telah memiliki pangkat, darjat, kecantikan dan nikmat yang sebenarnya bukan milik kita pun.......

Sedarlah, sahabat sekalian, dunia adalah sementara, bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat..

~bisikan nurani~

AiNuL MaRdHiAh~






Assalamualaikum...terima kasih pada yg sudi membaca dan memberikan s0k0ngan..terima kasih juga pada yg sudi bertanya padaku tentang Ainul Mardhiah,bidadari tercantik di dalam syurga milik Allah...mari baca kisah di bawah ini...pasti kamu akan merindui bidadari..

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tsb). Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati wlaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanya kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan pergi.
Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah), maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanya manakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat utk berjumpa Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... takpernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya apakah dia Ainul Mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya, Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata perhiasan dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab..eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini... Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana..... lalu dinaikinya anak tangga mahligai permata yg kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata ...akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii...... tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidur lalu dia menceritakan segala-galanya kpd satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jgn menceritakannya kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kpd nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang shahid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar...benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi & sekarang dia sdg menunggu utk berbuka puasa di syurga....
subhanallah...

AiNuL MaRdHiAh~UNIC..

Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada'
Itulah janji pencipta yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di taman syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati

Oh Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kasih...

~bisikan nurani~

CaWaN YaNg CanTiK~






Assalamualaikum..kali ini ku bawakan kisah yg menarik...jadikan ianya pengajaran..

Sepasang datuk dan nenek pergi ke sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cangkir tercantik yang pernah aku lihat," ujar si datuk.

Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara:- "Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar .

Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening."Stop ! Stop !" Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. "Stop! Stop!" teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. "Panas! Panas!" Teriakku dengan kuat."Stop!Cukup!" Teriakku lagi.Tapi orang ini berkata,"Belum" .

Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum.Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan."Stop ! Stop !" Aku berteriak. Wanita itu berkata,"Belum!". Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya." Tolong! Hentikan penyiksaan ini!", sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku.

Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku. Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.


Pengajaran:
Seperti inilah kehidupan membentuk kita.Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dugaan, ujian hidup dan linangan air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi "cantik". Jangan lupa bahawa cobaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita kerana Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuannya. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup.Jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk anda. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai; anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan(akhirat).Ingatlah, dunia ibarat penjara bagi umat mukmin tapi syurga bagi golongan yg kufur.

~aku terkedu sbentar mmbaca kisah ini..banyak yg aku dapat..kadang2 sebagai manusia terasa berat ujian yg datang..mujur Allah masih menyayangi..Dia menyedarkan aku bahawa ujian mematangkan aku..harap sahabat2 dapat juga menyedarinya..insyaAllah..


~bisikan nurani~

Tuesday, May 4, 2010

BuNgA YaNg CaNTiK~




Assalamualaikum...bersua lagi kita di alam maya..kali ini ku bawakan sesuatu yg sarat dgn pgajaran..m0ga menjadi renungan semua...

Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi..

Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.

Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai. Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin.

Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah.

Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari
keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa. Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.

Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya. Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya.

Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung
pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka. Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan.

Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya?

Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat. Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula diri wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan.

Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:

"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl:53


~bisikan nurani~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...