Blogger Backgrounds

DArI hAtI~

SiMpULaN UkHwAH~

Monday, November 29, 2010

UsAh BeRsEdIh SaHaBaTkU~




Assalamualaikum..ku tujukan puisi ini pada sahabatku..

Duhai sahabat kecintaanku
Usah dikau bersedih hati dengan caraku
Maafi diriku andai dikau sangat terluka dengan caraku
Daku hanya mahukan kebaikan untukmu
Janganlah dikau menyalahkan dirimu atau sesiapa
Kerana ianya adalah perjalanan yang harus dikau tempuhi
Aturan Allah yang Maha Mengatur

Sahabat kecintaanku
Ketahuilah betapa hatiku menyayangimu kerana Allah
Jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan kerana Allah
Bukankah telah terpatri di hati kita
Bertemu dan berpisah hanya kerana Dia
Insya’Allah daku kasih padaMu kerana Allah
Dengan izinNya kita dipertemukan
Dan Dengan IzinNya jua kita terpisahkan

Terimalah bicaraku ini khas buatmu
Tetap teguhlah di atas jalan Allah yang suci
Usah dikau goyah dan ragu kepada janjiNya
Yakinilah bahawa Allah sentiasa ada
Untuk hamba-hambaNya
Jangan pernah dikau lupa bahawa Allah
Sentiasa melihat apa saja lakumu
Waspadailah setiap perbuatanmu

Kan ku doakan kebahagiaanmu
Ketenangan jua keberhasilan dalam hidupmu
Sungguh tidak sanggup dan tegar ku mendengar
Dirimu jatuh terperosok di dalam lembah yang gelap dan kelam
Kerana diriku hanya mahukan dirimu berada dibawah sinar
Sinar terang yang menenangkan
Jagalah imanmu, akhlakmu kerana Allah
Yang Maha Penyayang dan Pengasih

~dari laman sesawang paksi.net~

~bisikan nurani~

Monday, November 15, 2010

MaLuNyA MuSLimAh ItU~




Yang melindungi diri dan hatinya dengan malu,
Yang melabuhkan sopannya setiap penjuru,
Yang melembutkan suara merdunya,
Yang sentiasa tabah dan cekal hatinya,
Yang tidak pernah patah semangat wajanya,
Yang memberi cinta sejagat maya,
Yang memenuhkan hati dengan keinsafan,
Yang mengosongkan kalbu dari dendam,
Yang menyemarakkan kasturi dikelopak iman…

Muslimah dilahirkan dari rusuk kiri lelaki,
Muslimah dilahirkan layak menjadi suri,
Muslimah diciptakan untuk pasangan si suami,
Muslimah diwujudkan untuk meramaikan umat Nabi…

Muslimah adalah sebahagian kurniaan Ilahi,
Muslimah adalah sebahagian keindahan duniawi,
Muslimah adalah penyeri gelap malam…

Muslimah dipandang dari peribadinya,
Yang tentunya diharap dapat melembutkan….
Hati suami dan keluarga.

Muslimah dilihat dari budi bahasanya,
Yang sepenuh hati mencurahkan khidmat murninya…

Muslimah dinilai dari kesabarannya,
Yang tahu menjaga milik dirinya,
Mengenggam iman penuh ketakwaan…

Muslimah ditinjau dari sifat keibuannya,
Yang sanggup meramaikan umat Nabi,
Bukannya mementingkan kecantikan diri…

Kecantikan yang engkau perolehi milik Tuhanmu,
Perjalanan lalumu tidak akan diputar,
Sampainya waktu ketika,
Tanpa tersegera mahupun tertangguh biarpun seketika,
Ianya pasti bertandang jua,
Kerana yang berjiwa itu pasti akan merasai mati….


~bisikan nurani~

Sunday, November 14, 2010

KiSaH CiNtA KoPi MaSiN~




Dia baru sahaja tamat belajar dan kini telah bergelar seorang doktor. Masih bujang dan tercari-cari seorang isteri sebagai teman hidup.

Pada suatu hari, ketika sedang minum di sebuah kedai kopi berdekatan dengan sebuah sekolah tahfiz di Lembah Beringin bersama seorang rakannya yang hafaz Quran, dia terpandang seorang gadis yang sungguh cantik.

Dengan wajahnya yang tenang dan penampilan solehah, gadis itu sungguh menawan.

Si doktor dan si gadis bertentangan mata, tetapi dengan segera kedua-duanya mengalihkan pandangan mereka.

"Astaghfirullah," bisik doktor itu perlahan. Dia sedar itu panahan syaitan. Si gadis sedang minum-minum bersama dua orang rakannya.

Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah ini! Secara tiba-tiba si doktor menjadi gugup, berdebar-debar dan serba tidak kena. Ingin sahaja dia menyunting gadis ini sebagai isterinya.

Doktor tersebut berbisik kepada rakannya yang hafaz Quran itu, "Kau kenal ke gadis itu?"

"Kenal. Dia sungguh berbudi bahasa. Dan masih belum berpunya lagi," jawab rakannya sambil tersenyum memahami. Aduh, bertambah guguplah doktor muda ini!

Tiba-tiba, datang pelayan meminta order, dan dia secara spontan berkata,

"Berikan saya kopi masin!"

Semua orang memandang dan melihat aneh kepadanya, termasuklah rakannya, pelayan dan gadis tersebut. Mukanya mendadak menjadi merah, tetapi dia tetap tidak mengubah pesanannya, dan setelah kopinya sampai, dia terus meminumnya.

Kehairanan, rakannya bertanya "Mengapa kopimu mesti masin, sahabatku?"

"Saat aku masih kecil, aku tinggal di tepi laut. Aku sangat suka bermain-main di laut, di situlah tempatnya aku dapat rasakan air laut... masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini," jawab lelaki ini.

Tanpa disedari, gadis cantik yang duduk di meja bersebelahan mereka mendengar kata-kata si doktor tersebut. Gadis ini terharu. Itu adalah hal yang sungguh menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang lelaki yang mengungkap kerinduan akan kampung halamannya.

Dia pasti lelaki itu adalah seorang yang menyintai dan mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Dia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya. Jika dia seorang abang, pastinya dia seorang yang sangat menyayangi adik-adiknya. Bertuahlah siapa yang menjadi isterinya.

Setelah peristiwa tersebur, si doktor ini meminta rakannya merisik gadis tersebut. Pucuk dicita, ulam mendatang. Setelah mengetahui rombongan merisik adalah mewakili lelaki yang ditemuinya di kedai kopi tempohari, si gadis yang pada ketika itu hampir tamat pengajian di sekolah tahfiz, menerima si doktor ini sebagai teman hidupnya dengan hati terbuka.

Seperti kisah cinta yang indah, Allah mengurniakan ketenangan di dalam rumah tangga mereka. Mereka hidup bahagia, saling menyanyangi antara satu sama lain, walaupun tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Cinta yang berputik setelah perkahwinan, terus kembang mekar seiring dengan ketaatan mereka kepada Yang Maha Pencipta. Dan setiap kali si isteri membuatkan secawan kopi buat suaminya, dia tidak lupa membubuh sedikit garam di dalamnya, kerana dia tahu, itulah kesukaan suaminya.

Setelah 40 tahun hidup bersama, si suami meninggal dunia. Dia meningalkan sepucuk surat buat isterinya.

"Sayangku, sepanjang tempoh kehidupan kita bersama, abang telah sentiasa jujur terhadapmu, tetapi maafkan abang untuk satu perkara. Maafkan kebohongan yang telah abang buat sepanjang hidup abang. Inilah satu-satunya kebohongan abang kepadamu - tentang kopi masin. Kamu ingatkah di saat kita pertama kali bertemu? Pada ketika abang sedang minum kopi dengan Ustaz Syakir, di maahad? Abang sangat gugup pada ketika itu. Sebenarnya abang inginkan kopi manis. Tetapi abang telah tersebut kopi masin. Waktu itu abang ingin batalkannya, tetapi abang terlalu gugup di hadapanmu ketika itu, maka abang biarkan sahaja. Abang tidak pernah menyangka itu akan menjadi awal perkenalan kita. Abang telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu..abang telah mencuba beberapa kali sepanjang hidup abang...tetapi abang tak sanggup melukakan hatimu..

Sekarang saat kamu membaca surat ini, abang sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu abang bimbangkan, maka abang akan menyatakan ini kepadamu: Abang tidak menyukai kopi masin. Tapi sejak mengenalimu, abang selalu minum kopi masin yang kamu buatkan sepanjang hidup abang. Dapat berada di sampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidup abang. Jika abang punya kesempatan untuk menjalani kehidupan sekali lagi, abang akan tetap berusaha mengenalimu dan menjadikanmu sebagai isteri abang walaupun abang harus minum kopi masin sekali lagi."

Sambil membaca, air matanya membasahi surat itu.

Suatu hari, seseorang telah bertanya kepadanya, "Bagaimana rasa kopi yang masin?"

Dia dengan pastinya menjawab, "Rasanya manis sekali."

Begitulah kisah bahtera cinta yang antara dua insan, dalam pelayaran menuju cinta Tuhan.

- Artikel iluvislam.com


~bisikan nurani~

Saturday, November 6, 2010

BeRiTaHu MuSlImAh ItU~




Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,...
dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan apapun,
biar orang kenal, dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian daripada iman...


CaNTik WaNitA kERaNa KeJeRNiHaN WaJaH,
MaNiS WaNitA kERaNa sENyuMaN yANg iNdaH,
AyU WaNitA kERaNa keSeDeRHaNaaN LaHiRiaH,
HeBaT WaNitA kERaNa KeiMaNaN kePaDa ALLAH!


~bisikan nurani~

Tuesday, October 26, 2010

PaYuNg JiWaKu~




Assalamualaikum..

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Saat ini hujan lebat...beransur reda namun hanya seketika cuma..kembali menitiskan airnya dari awan nun jauh di atas sana..begitu juga diriku..gerimis di jiwa tidakku undang..tidak ku minta ianya hadir kala embun pagi masih malu menampakkan diri..ketentuan Ilahi..gerimis hadir jua..walau tanpa diundang..gerimis masih setia menemani sangkar jiwa bersulamkan nota luka..selamat datang gerimis..entah kenapa dalam perlahan menitiskan amanah dari awan, gerimis bertukar menjadi hujan...lebat sekali..tatkala jiwa ini belum sediakan payung bagi melindungi hati dari dibasahi siraman air hujan..lantas, seluruh jiwa dibasahinya..

Hati menafsir kembali..mempamerkan pada riak wajah..butir-butir air mata umpama mutiara luka..usaplah ia wahai jiwa..hargai setitis air mata itu...namun jiwa merajuk sepi...kembali membiarkan r0na wajah dibasahi..

Maafkan jiwa wahai hati..maafkan jiwa wahai tangan..maafkan jiwa wahai diri..

Niat di hati sekadar bertanya..pabila bicara kata dilontarkan, tidak ku sangka bicara itu menghiris..

Ku biarkan pena menulis..
Meluahkan hasrat di hati..
Moga terubat segala..
Keresahan di jiwa..
Tak pernah ku ingini..

~bisikan nurani~

Tuesday, October 19, 2010

HaTi Se0rAnG GaDiS~




Seusai memberi salam hatiku tak tertanggung lagi. Pantas aku bangkit, meninggalkan lompang antara saf. Aku melangkah tergesa, segera meninggalkan musolla yang dingin dan damai, tak seperti hatiku yang bergelora panas.

Suara zikir yang mengganggu naluriku semakin sayup kedengaran. Air mataku tumpah deras. Kuketap bibir, tertahan-tahan sendu yang bisa saja menarik perhatian. Langkahku terus mantap menuju kamar.

Aku hempaskan punggung di birai katil. Aku menangis sepuas hati. Untung saja teman-teman sebilik tidak ada, jika tidak banyak pula persoalannya. Telekung putihku lencun dengan air mata. Aku benar-benar bagai di siksa walau tiada kelihatan segaris pun luka.

Entah berapa lama, tangisku mulai reda. Ku ucap istighfar berulangkali, di bibir dan di hati. Segera ku kesat wajah berbekas air mata. Ku pandang jam dinding menunjukkan angka lapan. Ku gumam istighfar dan ta’awudz silih berganti. Ya Allah, ampunkanlah hamba-Mu yang dhaif dan hina ini kerana terlalu mengikut hati dan perasaan. Hati ku terus memohon keampunan atas keterlanjuran yang pasti tipu daya syaitan.

Aku lucutkan telekung dari tubuh. Pantas menuju bilik air untuk berwuduk. Aku perlu memperbaharui solat maghrib yang tidak sempurna khusyuk angkara debaran dada yang mengganggu.




Entah sejak bila bermula. Ada keanehan mengalir dalam diri bila berdepan dengannya. Wajah redupnya menarik pandangan dan lembut tutur katanya mempesona pendengaran. Fikiran jadi kacau. Jiwa dirantai sejuta perasaan.

Memandangnya walau sekilas bagai satu mukjizat. Suara, perwatakan bahkan langkah yang diatur mengkaku tiap pancaindera. Minda terus-menerus diburu gambaran wajahnya. Hati tak berhenti melakar namanya. Subhanallah, apakah yang melanda diriku? Apakah ini namanya cinta? Bagaimana caranya untuk ku menanganinya? Ya Allah, kasihanilah hamba-Mu yang lemah ini, berikanlah petunjuk dan hidayah-Mu.




Aku tak pernah mengenal cinta selain cinta Ilahi. Bisikan Umi sejak dalam rahim. Ajaran Abi dari usia satu hari.

Tiba-tiba perasaan ini hadir menggugah cinta didikan Abi dan Umi. Salahkah perasaan ini? Aku dibelenggu pertanyaan. Terus dalam keraguan. Perlukah dilestarikan cinta? Apakah itu bermakna aku berpaling dari cinta-Nya, mengkhianat dan berdusta?

‘Perasaan cinta itu memang fitrah, fitrah manusia yang telah ditentukan Allah s.w.t. seperti firman Allah dalam Surah Asy-Syams, ayat 8 hingga 10, yang bermaksud ‘maka Allah mengilhamkan pada jiwa itu jalan kefasikan dan dan ketakwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya’. Jelas di sini fitrah yang ditetapkan Allah dalam diri manusia terbahagi kepada dua jalan yang perlu dipilih, kefasikan atau ketakwaan,’ suara Ustaz Rizal bergema di ingatan. Ustaz muda berjanggut pandak itu memang sentiasa menarik pendengaran pelajar dengan intonasi suara yang berbeza dan kiasan bahasa yang pelbagai dalam setiap sesi kuliah maghrib yang kelolaannya. Ceramah yang hampir setahun berlalu ketika aku masih di alam persekolahan sebelum menjejak dunia kampus yang penuh pancaroba, seakan-seakan memberiku peringatan.

Adakah perasaan ini cinta yang fitrah ada pada setiap remaja yang menginjak dewasa? Apakah ia jalan ketakwaan? Atau jalan kefasikan? Mungkinkah keuntungan yang akan ku capai atau kerugian yang bakal ku tanggung? Soalan demi soalan menguji hati dan mindaku.

‘Sesungguhnya kekuatan dalam melawan fitrah ke arah kefasikan menunjukkan kekuatan iman seseorang mukmin. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda bahawa ‘Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah’. Maka jadilah mukmin yang kuat untuk memperoleh cinta dan kasih-sayang Allah yang Maha Agung,’ suara Ustaz Rizal terus merangsang pemikiranku.

Kuatkah aku melawan perasaan? Membunuh rasa cinta yang semakin mekar berbunga? Apakah aku lemah andai ku biar ia subur menghuni hati? Kurangkah cinta Tuhanku yang selama ini indah ku kecapi? Mampukah aku kehilangan cinta hakiki Ilahi demi cinta ini? Antara dua cinta aku menjadi buntu sama sekali.




Memang aku penggemar cerita sufi. Tapi tiada niatku meniru Rabiah Al-Adawiyah. Sungguh aku takjub dengan cinta Siti Zulaikha. Tapi tidak terdetik dikalbu menagih cinta seorang pun jejaka. Namun, sesungguhnya aku mengagumi Siti Maryam, begitu sabar dan tabah biar diuji dugaan yang tak tertanggung oleh mana-mana gadis pun sepanjang zaman dan tempat. Namun, istimewanya dia gadis suci yang wara’ yakin dengan janji-janji Tuhannya.

Barangkali ini ujian Tuhan menduga iman hamba-Nya. Bukankah di dalam Al-quran, Allah ada berfirman ‘Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan Kami telah beriman sementara mereka tidak diuji?’( Al-Ankabut ayat 2 ). Bukankah ujian yang ditimpa Tuhan adalah petunjuk cinta-Nya kepada hamba? Bukankah setiap kali ditimpa bencana, hamba yang beriman akan meminta dan memohon bantuan-Nya? Bukankah Allah suka mendengar suara rayuan dan rintihan itu? Allahuakbar, jika benar ini ujian-Mu, berikanlah kekuatan agar aku teguh di atas jalan-Mu.

Aku tak mungkin menjadi Siti Maryam kerana aku sendiri gagal mempertahankan kesucian hati. Hatiku ternoda dengan kemaksiatan bila terkenang pada sesuatu yang tidak halal bagiku. Hatiku tidak khusyu’ dalam mendamba cinta-Nya kerana dalam waktu yang sama mengharap cinta makhluk-Nya. Ya Allah, kau redakanlah gelora perasaan ini kerana sepertinya aku seakan lemas dalam pukulan ombak ganasnya.




Pernahkah mendengar kisah pemuda yang kelaparan lalu makan epal yang hanyut di bawa air sungai yang mengalir? Lalu pemuda jujur itu menjejak pemilik buah epal untuk meminta maaf di atas dosa memakan epal tanpa keizinan dan sanggup melakukan apa saja demi menebus kesalahannya itu. Pemilik epal lantas meminta pemuda itu bekerja di ladang epalnya untuk sekian-sekian waktu. Pemuda itu lantas bersetuju dan bekerja dengan rajin dan amanah. Setelah sampai waktu akhirnya, pemilik epal memberikan satu lagi tugasan sebelum menghalalkan epal yang telah dimakan pemuda itu.

Kata pemilik epal ‘Aku mahu engkau mengahwini anak perempuanku yang buta matanya, tuli pendengarannya, bisu mulutnya dan cacat anggotanya,’

Pemuda itu tentu saja tergamam dengan permintaan pemilik epal tadi. Tapi kerana sifat jujur dan amanahnya, dia setuju untuk melaksanakan perkahwinan itu asal saja epal yang telah dimakannya dulu dihalalkan dan kemaafan pemilik epal diperoleh.

Tentu saja bukan sikap amanah pemuda itu menarik hatiku saat ini kerana sesungguhnya aku cemburu pada anak pemilik epal itu. Bukan kerana bakal memiliki suami yang soleh dan beriman tapi kerana anak perempuan pemilik epal itu tidak buta, tuli, bisu mahupun cacat bahkan dia gadis sempurna yang sungguh jelita. Cantik luar dan dalaman.

Pemilik epal terpaut kepada peribadi mulia si pemuda lantas mahu menjadikannya suami kepada anak gadisnya yang matanya tak pernah menatap lelaki selain ayahnya, telinganyatak pernah mendengar sesuatu yang dusta, mulutnya tak pernah mengeluarkan bicara yang sia-sia dan anggota tubuhnya tak pernah melakukan maksiat. Aku cemburu dengan kesucian gadis itu. Gadis yang ku kira wajar menjadi idola bagi setiap pencinta kesucian.

Air mataku menitis buat kesekian kali. Terlalu jauh aku dari gadis itu. Terlalu beza aku dibandingkan gadis itu. Ya Allah, walaupun cuma satu peratus atau kurang dari itu, kurniakanlah aku kesucian seperti gadis itu. Ya Allah, aku sedar ya Allah betapa kotornya aku, maka bantulah aku membersihkan diri.




Aku mencari setiap peluang dan ruang membawa aku jauh dari perasaan itu. Aku tidak lagi hadir solat berjemaah di musolla demi menghindar dari mendengar kesyahduan bacaannya mengimami solat-solat fardhu. Ia membuah persoalan pada teman-teman. Aku cuma tersenyum, tidak sanggup rasanya mengakui hakikat sebenarnya. Sekadar menunjukkan hadis Nabi s.a.w. yang berbunyi ‘Sesungguhnya sembahyang seseorang wanita itu lebih baik di kamarnya daripada sembahyang di masjid kaumnya, dan sembahyang di masjid kaumnya adalah lebih baik dari sembahyang di masjid berjemaah’. Malah akhirnya aku tekad untuk tidak lagi menginap di kolej kediaman semata-mata menjaga pancaindera dari terus mendepaninya.

Walaubagaimanapun dia masih menghiasi hari-hari ku di fakulti. Ada beberapa tugasan yang memerlukan kami berkomunikasi. Aku cuba menjadikannya seminimal mungkin. Aku sedaya-upaya menjauhkan diri. Tingkahku kadang-kala seperti membenci. Aku tak mahu melukakan hati sesiapa tapi murka Allah lebih perlu ku jaga.

Perasaan itu adakala memudar. Tapi kadang-kadang begitu mencengkam sanubari. Aku tegar mendekati Tuhan. Malam-malam ku hiasi dengan pujuk rayu, memohon tanpa henti diberi kekuatan melawan perasaan. Aku makin rajin hanyut dalam kalamullah, Al-Furqan benar-benar penawar hati yang mustajab. Dalam keasyikan menghayati keindahan dalam pembacaan, aku jadi leka seketika dari zikir tentangnya. Zikir yang aku sendiri tak mahu mengungkapnya tapi hadir tanpa rela.

Bila waktu perasaan itu benar-benar menduga, adakala aku mengharap amat dia memulakan langkah pertama. Aku berharap dia juga punya perasaan sepertiku. Aku harap ada hubungan menjalin perasaan itu. Aku harap cinta itu mekar dan saling berpadu. Malahan adakala kutitip dalam doa di kala dinihari.

Ada ketika, bila dia melintas di depan mata aku berharap dia berhenti, menatap wajahku dan mengungkap kalimah keramat yang sangat ku rindu. Aku berharap di menggenggam tanganku dan bawa aku melestarikan cinta berdua.

Tapi itu cuma harapan. Dia tidak pernah menjelingku walau sekilas. Aku juga tak mahu begitu. Aku cuma mengharap kerana perasaan itu begitu mendesak. Namun tangisku akan panjang setelah itu. Rasa kesal mendalam kerana cinta Tuhan yang patut ku damba, bekhalwat dengan-Nya yang wajar ku impi, menggapai kasih-Nya yang mesti ku rindu. Betapa hitam hatiku hingga tidak mengenal apa yang utama. Ya Allah, aku pohon Engkau menghapuskan ingatan ku padanya, tak sanggup aku menanggung tompokan hitam yang begitu memberat di kalbu.

Kadang-kala aku resah kenapa tidak dia meluahkan perasaan padaku. Atau pada sesiapa jua. Aku pasti satu perkara, ketinggian peribadinya yang menjerat perasaanku. Andai dia melencong arah, pasti perasaan ini kian memudar dan akhirnya hilang. Mengapa dia begitu sempurna sebagai manusia? Ya Allah, benar-benar ciptaan-Mu ini merupakan ujian bagiku, oleh itu aku mohon kekuatan dari-Mu.




Lebih empat tahun aku mengekang perasaan. Segalanya telah kulakukan demi mengekalkan kesucian dalam jiwa. Tinggal saja aku tak sanggup menukar jurusan yang ku pilih kerana minat mendalam yang tak mungkin ku singkir.

Aku berpegang pada janji Allah. Dalam Surah An-Nur, ayat 26; bermaksud ‘wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik pula’. Aku yakin aku akan menemui pemilik tulang rusuk yang darinya aku dicipta. Aku pasti telah tertulis di luh mahfuz namanya. Bukan aku menyerah takdir tapi aku benar-benar yakin kepada-Nya.

Cuma sabda Nabi s.a.w. ‘Apabila seseorang hamba telah berkeluarga, bererti dia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya. Maka takutlah kepada Allah terhadap separuh yang lain’. Begitu juga sabda baginda‘Perkahwinan itu sunnahku. Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku’. Aku mahu menyempurnakan agama serta mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
Perasaan itu ada pasang-surutnya. Namun tak pernah mati. Aku juga makin mengerti akan makna kehadiran perasaan itu. Perasaan itu sama sekali bagai anugerah kurniaan Ilahi. Ujian yang membawa keteguhan hati dan iman. Tiap kali aku berjaya melawan godaan perasaan, semakin mantap keyakinan dan keimananku pada Ilahi. Sesungguhnya Allah tak pernah menjanjikan jalan yang mudah bagi orang-orang yang beriman tapi Allah berjanji akan sentiasa di sisi menemani perjuangan hamba-hamba-Nya yang yakin dengan janji-janji-Nya.

Masa berlalu pantas. Aku bakal meninggalkan perkarangan taman ilmu yang telah banyak menjadi saksi perjuanganku menjaga kesucian hati. Aku tahu aku bakal melangkah dunia luar yang lebih banyak onak duri merintangi. Ya Allah, tetapkanlah langkahku atas jalan-Mu.




“Sesungguhnya aku sudah lama tertawan padamu. Sesungguhnya sudah sekian waktu cintaku bersemi buatmu. Sesungguhnya namamu telah terpahat kukuh dan bertakhta di hati. Tapi demi kesucian hubungan yang ingin aku lestarikan, aku pendam perasaan itu jauh di lubuk hati, aku simpan rapi tanpa sebarang noda. Sesungguhnya memang tekadku menyunting mu sebagai suri hidupku dalam ikatan yang suci. Demi cinta yang ku pelihara kesucian buat sekian lama, demi Tuhan yang menganugerahkan cinta ini, sudikah engkau menerima ku sebagai suami mu? Lelaki yang harta dan maruahnya adalah amanahmu serta lelaki yang padanya terletak maruah dan syurga mu,”

Air mata ku menitis, tak mampu lagi berkolam di tubir mata. Wajah redupnya kutatap. Suara lembutnya menusuk sukma. Sinar matanya membuah syahdu. Dia mengukir senyuman mempesona jiwa raga. Perlahan jari-jemarinya menyentuh wajahku, menyapu air mata mengalir di pipi. Aku tunduk, menahan getar dalam kalbu.

Aku bersyukur dia tak pernah meluahkan isi hatinya. Aku bersyukur aku tegar menongkah arus perasaan. Aku takjub kerana kekuasaan Allah di luar batas kemampuan insan. Aku takjub kerana kesabaran menempuh ujian dibalas nikmat yang sungguh mengasyikkan. Aku bersyukur dan takjub bahawa aku kini isteri yang sah kepada lelaki yang sekian lama ku menaruh cinta. Aku bersyukur memiliki cintanya tanpa menggadai cinta Ilahi. Aku takjub dengan keajaiban cinta. Aku akhirnya bisa merai cinta setelah sekian lama.




Hari konvokesyen adalah hari yang dinanti-nanti setiap insan yang bergelar mahasisiwa. Sejak melangkah ke menara gading, aku tak pernah berhenti membayangkan hari konvokesyen yang gilang-gemilang yang bakal aku hadiri sebagai seorang siswazah. Hari itu pasti mengukir sejarah manis dalam diari setiap insan yang melaluinya. Siapa sangka pada hari itu aku menerima lafaz keramat yang selama ini ku nanti.

“Saya…saya…..sudikah awak menjadi isteri saya?” aku disunting dalam barisan beratur menunggu giliran untuk naik ke pentas. Wajahku merona merah, jantungku yang dari tadi berdegup kencang kerana terpaksa berada di hadapannya dalam barisan itu semakin dipalu-palu rasanya. Aku diam. Hilang punca untuk berbicara.

“Saya anggap diam tanda setuju. Insya-Allah, dalam minggu depan ibu bapa saya akan bertandang ke rumah awak. Awak tak perlu risau, saya sudah mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang tetap,” lancar bicaranya. Lidah ku kelu sama sekali. Tentu sekali tidak menyangka ada sejarah lain yang bakal terukir dalam memoriku hari ini selain majlis konvokesyen yang penuh berprestij.

Aku tak tahu apa perasaanku saat ini. Segala bercampur-baur tidak menentu. Aku bimbang hilang konsentrasi sedang aku bakal naik ke pentas dalam beberapa minit lagi.
Aku mengosongkan minda kecuali bergumam di ruang fikiran, ‘janji Allah itu pasti’.


~bisikan nurani~

Wednesday, October 6, 2010

SeGaLaNyA MiLiKmU~

Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan

Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merabahkan keresahan dan tangisan
Aku tahu inilah kasihMu

Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu

Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuantan
Oh Tuhan


Friday, September 24, 2010

La TaHzAn~




Jika ditakdirkan kita hanya dapat bersahabat dari jauh...hanya dapat melihat sahabat kesedihan dari jauh....hanya dapat membiarkan sahabat pergi bersama orang lain dari jauh...hanya dapat membiarkan sahabat bersama orang lain dari jauh..dan perlu mengorbankan perasaan sayang pada sahabat dari jauh...

bagaimanakah...jika dalam indah bersahabat...se0rang sahabat yg lain terasa dipinggirkan disebabkan keakraban sahabat yg berdua ini...bagaimana kah...untuk memulihkan keadaan yg semakin dingin....salah seorang perlu berkorban..dan orang yg berkorban itu perlu merelakan...walau hati akan rindu pada sahabat itu...mengapa ada pengorbanan saat jasad masih baru..masih hijau di bumi kampus ini...masih x betah dengan erti kehidupan...masih mencari sahabat dan bila ditakdirkan bersahabat, persahabatan terpaksa dikorbankan..kerana apa....kerana insan lain telah terluka...seseorang itu tidak mahu insan lain terluka..maka seseorang itu ingin menjauhkan diri...walau seseorang itu tahu jiwanya menangis...

sahabat di medan perjuangan menitipkan kekuatan....namun andai persahabatan ini dicagarkan demi kasih pada insan lain...terpaksa jua dibiarkan persahabatan itu pergi bersama kenangan yg tenggelam dalam kerinduan....bersama sahabat tercipta mem0ri...namun jika sahabat itu hanya dapat didekati dari kejauhan....seseorang perlu meneruskan perjuangan...

dan sebelum pena maya ini dinoktahkan...seseorang ini ingin berkorban...walau untuk seketika cuma..dan mungkin untuk selamanya...

LA TAHZAN..( pesan seseorang pada hatinya)


~bisikan nurani~

Thursday, September 16, 2010

SeLaMaT TiNgGaL WaHaI PeJuAnG~




"Selamat tinggal Wahai Pejuang"

Selamat tinggal wahai pejuang
Air mataku jatuh kerana rindu padamu
Bumi meratapi kehilanganmu dan menerima ketulan daging-dagingmu
Meskipun jasad kita terpisah namun jiwa kita tetap bersatu

Di dunia kita bertemu
Di akhirat kita akan bersatu

Kita mohon pada yang Esa
Di waktu sahur kita berdoa
Agar kita dapat kembali bertemu dengan gembira
Tanpa ada sesuatu yang mendukacita
Nun di syurga sana harapan kita

Di dalamnya ada sungai-sungai
Mata air yang tidak terputus
Di dalamnya bidadari memanggil-manggil kita
Dengan suaranya yang merdu tanpa bandingan

Di dalamnya kita bertemu orang yang dikasihi
Di dalamnya pula kita menjumpai rasul dan sahabat terpilih
Di dalamnya juga para umat terdahulu
Telah mendahului kita mencapai syuhada

Wahai pejuang yang telah mendahului kami
Pergilah engkau ke sisi ilahi
Masuklah engkau ke syurga abadi
Selamatlah engkau dengan apa yang dilalui
Selamat tinggal wahai pejuang
Moga kita akan bertemu lagi.

Wallahualam

~dipetik dari ustaz.blogspot.com~

~bisikan nurani~

Monday, August 23, 2010

HaTiKu~




Milikilah hatiku dengan izin ALLAH...
Milikilah cintaku kerana cintaNYA...
Milikilah diriku kerana agamaNYA...
Milikilah jiwaku keranaNYA....
Jangan miliki hatiku jika belum tiba masanya..

~bisikan nurani~

SoLaT WiTiR~




Oleh Dr. Zulkifli Mohamad Albakri

SOLAT witir ialah solat yang ganjil bilangan rakaatnya sama ada satu, tiga, lima, tujuh, sembilan dan 11 rakaat. Ia dinamakan dengan witir kerana ditamatkan dengan satu rakaat dan berbeza dengan solat yang lain.

Hukumnya adalah sunat muakkad di sisi mazhab Syafie dan jumhur ulama tetapi menjadi wajib di sisi mazhab Hanafi.

Antara kelebihan solat sunat witir ialah Allah mengasihinya. Sesiapa yang mendirikannya sesungguhnya dia telah melaksanakan apa yang disukai oleh Allah. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali r.a berkata: Solat sunat witir tidak wajib sebagaimana solat fardu tetapi ia adalah sunat. Kenyataan tersebut sebagai hujah dan dalil bahawa witir bukanlah wajib seperti solat fardu yang lima.
Seterusnya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah itu ganjil dan suka kepada yang ganjil-ganjil. Oleh itu, witirlah kamu wahai ahli al- Quran. (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasa'ie, Ibn Majah dan Ibn Khuzaimah).

Hadis ini menunjukkan bahawa betapa eratnya ahli al-Quran dengan solat witir kerana al-Quran merupakan kitab Allah dan witir itu merupakan ketunggalan Allah. Justeru digabungkan antara al-Quran dan witir. Kemungkinan juga kerana al-Quran kebiasaannya dibaca pada waktu malam dan ketika solat. Justeru amat sinonim hubung kait dan ikatan antara solat witir dengan pembaca al-Quran.
Hadis seterusnya yang bermaksud: Solat sunat witir dikurniakan kepada kita oleh Allah, dan ia satu solat yang lebih baik daripada unta merah. (Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan al-Tirmizi).

Ini menggambarkan kedudukan sebenar solat witir yang begitu tinggi di sisi Allah. Sehingga Rasulullah s.a.w membandingkan kelebihannya lebih daripada unta merah yang amat bernilai di sisi pengembala unta dan orang-orang Arab yang kaya.

Demikian juga Rasulullah s.a.w menegur dan berlepas diri daripadanya orang yang meninggalkannya dengan sabdanya yang bermaksud: Solat sunat witir adalah benar melaksanakannya justeru sesiapa yang tidak solat witir dia bukanlah daripada golongan kami, Rasulullah mengulangi sebanyak tiga kali. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim).

Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh memelihara solat sunat witir sehingga baginda menyeru agar sesiapa yang khuatir tidak dapat mendirikannya pada lewat malam supaya mendirikannya pada awal malam.
Hal ini sebagaimana hadis daripada Jabir r.a berkata, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Sesiapa yang bimbang tidak dapat mendirikannya pada tengah malam maka berwitirlah pada awal malam, tetapi siapa yang mampu mendirikannya pada tengah malam itu dipersaksikan dan yang demikian itu adalah lebih baik.

Bilangan rakaat witir sekurang-kurangnya satu rakaat dan makruh melakukan satu rakaat sahaja. Sekurang-kurang sempurna solat witir ialah tiga rakaat. Iaitu melakukannya secara dua rakaat bersambung dan satu rakaat lagi berasingan. Namun, yang paling sempurna adalah melakukannya sebanyak 11 rakaat dengan mengucap salam selepas setiap dua rakaat dan diakhiri dengan satu rakaat.

Adapun waktu solat witir ialah selepas solat Isyak hingga masuknya waktu solat Subuh. Solat witir boleh dilakukan secara berjemaah dan menjadi sunat pada bulan Ramadan dilakukannya bersama imam selepas terawih.

Solat witir tidak boleh dilakukan dua kali pada satu malam. Ini kerana apabila diwitirkan dua kali nescaya menjadi genap. Seterusnya, witir amat digalakkan perlaksanaannya pada akhir malam dan penutup bagi segala solat sunat. Walaupun begitu jika seseorang sudah berwitir dan ingin solat sunat yang lain juga dibolehkan. Disebabkan arahan pada hadis tersebut ditafsir dengan maksud seelok-eloknya bukan sebagai satu kewajipan. Ini berdasarkan kepada perbuatan Nabi yang solat selepas solat witir dan inilah juga yang difatwakan oleh Syeikh Abd al-Aziz bin Baz.

Bagi yang melakukan solat witir diberi pilihan sama ada melakukan pada awal malam selepas solat Isyak jika dibimbangi tidak bangun pada malam tersebut atau pada akhir malam jika diyakini dapat bangun pada malam tersebut. Ini lebih baik dan afdal. Hal ini berdasarkan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim seperti di atas.

Semoga kita menjadi ahli witir dan qiamullail bukan hanya terbatas pada bulan Ramadan sahaja tetapi terus berlangsung selagi hayat dikandung badan.


~bisikan nurani~

Sunday, August 22, 2010

TiKa InI~

Assalamualaikum...

Tiada apa dapat ditulis...ilham seakan merajuk denganku...pasti kerna sudah lama aku juga merajuk dengan keadaan..

Dalam hati, nak balik sangat..
Dalam jiwa, ada yang tersimpan rapi..
Dalam fikiran, tertanya-tanya..
Dalam badan, tenaga berkurang..

Allah..Allah..Allah..Allah...Allah..


~bisikan nurani~

Friday, August 13, 2010

BuLaN DiNaNTi~




DOA HARIAN RAMADHAN
Dimulai dengan Bismillah...

Doa Hari - 1

Ya Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar-Benar
Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang
Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dari Tidurnya
Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku... Wahai Tuhan Sekalian
Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa.

Doa Hari - 2

Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keredhoan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dari
Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca
Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dari Semua Pengasih!!

Doa Hari - 3

Yaa Allah! Berikanlah Aku Rezeki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah Aku
Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bagian Untuk Ku Dari
Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha
Dermawan Dari Semua Dermawan!

Doa Hari - 4

Yaa Allah! Berikanlah Kekuatan Kepada Ku, Untuk Menegakkan
Perintah-Perintah-Mu, Dan Berilah Aku Manisnya Berdzikir Mengingat-Mu.
Berilah Aku Kekuatan Untuk Menunaikan Syukur Kepada-Mu, Dengan
Kemuliaan-Mu. Dan Jagalah Aku Dengan Penjagaan-Mu Dan Perlindungan-Mu,
Wahai Dzat Yang Maha Melihat.

Doa Hari - 5

Yaa Allah! Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Memohon Ampunan, Dan
Jadikanlah Aku Sebagai Hamba-Mu Yang Soleh Dan Setia Serta
Jadikanlah Aku Diantara Auliya'-Mu Yang Dekat Disisi-Mu, Dengan
Kelembutan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Pengasih Di Antara Semua Pengasih.

Doa Hari - 6

Yaa Allah! Janganlah Engkau Hinakan Aku Kerana Perbuatan Maksiat
Terhadap-Mu, Dan Janganlah Engkau Pukul Aku Dengan Cambuk
Balasan-Mu. Jauhkanlah Aku Dari Hal-Hal Yang Dapat Menyebabkan
Kemurkaan-Mu, Dengan Anugerah Dan Bantuan-Mu,
Wahai Puncak Keinginan Orang-Orang Yang Berkeinginan!

Doa Hari - 7

Yaa Allah! Bantulah Aku Untuk Melaksanakan Puasanya, Dan Ibadah Malamnya.
Jauhkanlah Aku Dari Kelalaian Dan Dosa-Dosa Nya. Dan
Berikanlah Aku Dzikir Berupa Dzikir Mengingat-Mu Secara Berkesinambungan,
Dengan Taufiq- Mu, Wahai Pemberi Petunjuk Orang-Orang Yang Sesat.

Doa Hari - 8

Yaa Allah! Berilah Aku Rezeki Berupa Kasih Sayang Terhadap Anak-Anak Yatim Dan
Pemberian Makan, Serta Penyebaran Salam, Dan Pergaulan Dengan Orang-Orang Mulia,
Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Tempat Berlindung Bagi Orang-Orang Yang Berharap

Doa Hari - 9

Yaa Allah! Sediakanlah Untuk Ku Sebagian Dari Rahmat-Mu Yang Luas, Dan
Berikanlah Aku Petunjuk Kepada Ajaran-Ajaran-Mu Yang Terang, Dan
Bimbinglah Aku Menuju Kepada Kerelaan-Mu Yang Penuh Dengan Kecintaan-Mu,
Wahai Harapan Orang-Orang Yang Rindu.

Doa Hari - 10

Yaa Allah! Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Bertawakkal Kepada-Mu,
Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang- Orang Yang Menang
Disisi-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Dekat Kepada-Mu
Dengan Ihsan-Mu, Wahai Tujuan Orang-Orang Yang Memohon.

Doa Hari - 11

Yaa Allah! Tanamkanlah Dalam Diriku Kecintaan Kepada Perbuatan Baik, Dan
Tanamkanlah Dalam Diriku Kebencian Terhadap Kemaksiatan Dan
Kefasikan. Jauhkanlah Dariku Kemurkaan-Mu Dan Api Neraka Dengan
Pertolongan-Mu, Wahai Penolong Orang-Orang Yang Meminta Pertolongan.

Doa Hari - 12

Yaa Allah! Hiasilah Diriku Dengan Penutup Dan Kesucian. Tutupilah Diriku
Dengan Pakaian Qana'ah Dan Kerelaan. Tempatkanlah Aku Di Atas
Jalan Keadilan Dan Sikap Tulus. Amankanlah Diriku Dari Setiap Yang Aku
Takuti Dengan Penjagaan-Mu, Wahai Penjaga Orang-Orang Yang Takut.

Doa Hari - 13

Yaa Allah! Sucikanlah Diriku Dari Kekotoran Dan Kejelekan. Berilah
Kesabaran Padaku Untuk Menerima Segala Ketentuan. Dan Berilah Kemampuan
Kepadaku Untuk Bertaqwa, Dan Bergaul Dengan Orang-Orang Yang Baik Dengan
Bantuan-Mu, Wahai Dambaan Orang-Orang Miskin.

Doa Hari - 14

Yaa Allah! Janganlah. Engkau Hukum Aku, Kerana Kekeliruan Yang Kulakukan.
Dan Ampunilah Aku Dari Kesalahan-Kesalahan Dan Kebodohan.
Janganlah Engkau Jadikan Diriku Sebagai Sasaran Bala' Dan Malapetaka
Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Kemuliaan Kaum Muslimin.

Doa Hari - 15

Yaa Allah! Berilah Aku Rezeki Berupa Ketaatan Orang-Orang Yang Khusyu'.Dan
Lapangkanlah Dadaku Dengan Taubatnya Orang-Orang Yang Menyesal,
Dengan Keamanan-Mu, Wahai Keamanan Untuk Orang-Orang Yang Takut.

Doa Hari - 16

Yaa Allah! Berilah Aku Kemampuan Untuk Hidup Sebagaimana Kehidupan
Orang-Orang Yang Baik. Dan Jauhkanlah Aku Dari Kehidupan Bersama
Orang-Orang Yang Jahat. Dan Naungilah Aku Dengan Rahmat-Mu Hingga Sampai
Kepada Alam Akhirat. Demi Ketuhanan-Mu Wahai Tuhan Seru Sekalian Alam.

Doa Hari – 17

Yaa Allah! Tunjukkanlah Aku Kepada Amal Kebajikan Dan Penuhilah Hajat
Serta Cita-Cita Ku. Wahai Yang Maha Mengetahui Keperluan, Tanpa
Pengungkapan Permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui Segala Yang Ada
Di dalam Hati Seluruh Isi Alam. Selawat Atas Muhammad Dan
Keluarganya Yang Suci.

Doa Hari – 18

Yaa Allah! Sedarkanlah Aku Akan Berkah-Berkah Yang Terdapat Di Saat
Saharnya. Dan Sinarilah Hatiku Dengan Terang Cahayanya Dan
Bimbinglah Aku Dan Seluruh Anggota Tubuhku Untuk Dapat Mengikuti
Ajaran-Ajarannya, Demi Cahaya-Mu Wahai Penerang Hati Para Arifin.

Doa Hari - 19

Yaa Allah! Penuhilah Bagianku Dengan Berkah-Berkahnya, Dan Mudahkanlah Jalanku
Menuju Kebaikan-Kebaikannya. Janganlah Kau Jauhkan Aku Dari Ketertedmaan
Kebaikan- Kebaikannya, Wahai Pemberi Petunjuk Kepada Kebenaran Yang Terang.

Doa Hari - 20

Yaa Allah! Bukakanlah Bagiku Pintu-Pintu Syurga Dan Tutupkanlah Bagiku
Pintu-Pintu Neraka, Dan Berikanlah Kemampuan Padaku Untuk Membaca Al-Quran
Wahai Penurun Ketenangan Di Dalam Hati Orang-Orang Mu'min.

Doa Hari - 21

Yaa Allah! Berilah Aku Petunjuk Menuju Kepada Keredhoan- Mu. Dan Janganlah
Engkau Beri Jalan Kepada Setan Untuk Menguasaiku.
Jadikanlah Syurga Bagiku Sebagai Tempat Tinggal Dan Peristirahatan, Wahai
Pemenuh Keperluan Orang- Orang Yang Meminta.

Doa Hari - 22

Yaa Allah! Bukakanlah Bagiku Pintu-Pintu Karunia-Mu, Turunkan Untukku
Berkah-Berkah Mu. Berilah Kemampuan Untuk ku Kepada
Penyebab-Penyebab Keridhoan-Mu, Dan Tempatkanlah Aku Di Dalam Syurga-Mu
Yang Luas,Wahai Penjawab Doa Orang-Orang Yang Dalam Kesempitan.

Doa Hari - 23

Yaa Allah! Sucikanlah Aku Dari Dosa-Dosa, Dan Bersihkanlah Diriku Dari
Segala Aib. Tanamkanlah Ketaqwaan Di Dalam Hatiku, Wahai Penghapus
Kesalahan Orang-Orang Yang Berdosa.

Doa Hari - 24

Yaa Allah! Aku Memohon Kepada-Mu Hal-Hal Yang Mendatangkan Keridhoan-Mu,
Dan Aku Berlindung Dengan- Mu Dan Hal-Hal Yang Mendatangkan Kemarahan-Mu,
Dan Aku Memohon Kepada-Mu Kemampuan Untuk Mentaati-Mu
Serta Menghindari Kemaksiatan Terhadap-Mu, Wahai Pemberi Para Peminta.

Doa Hari - 25

Yaa Allah! Jadikanlah Aku Orang-.Orang Yang Menyintai Auliya-Mu Dan
Memusuhi Musuh-Musuh Mu. Jadikanlah Aku Pengikut Sunnah-Sunnah
Penutup Nabi-Mu, Wahai Penjaga Hati Para Nabi.

Doa Hari - 26

Yaa Allah! Jadikanlah Usaha ku Sebagai Usaha Yang Di syukuri, Dan
Dosa-Dosa ku Di ampuni, Amal Perbuatan Ku Diterima, Dan Seluruh Aib
ku Di tutupi, Wahai Maha Pendengar Dan Semua Yang Mendengar.

Doa Hari - 27

Yaa Allah! Rezekikanlah Kepadaku Keutamaan Lailatul Qadr, Dan Ubahlah
Perkara-Perkara ku Yang Sulit Menjadi Mudah. Terimalah Permintaan
Maafku, Dan Hapuskanlah Dosa Dan Kesalahanku, Wahai Yang Maha Penyayang
Terhadap Hamba- HambaNya Yang Sholeh.

Doa Hari - 28

Yaa Allah! Penuhkanlah Hidupku Dengan Amalan-Amalan Sunnah, Dan
Muliakanlah Aku Dengan Terkabulnya Semua Permintaan. Dekatkanlah
Perantaraanku Kepada-Mu Diantara Semua Perantara, Wahai Yang Tidak
Tersibukkan Oleh Permintaan Orang-Orang Yang Meminta.

Doa Hari - 29

Yaa Allah! Liputilah Aku Dengan Rahmat Dan Berikanlah Kepadaku Taufiq Dan
Penjagaan. Sucikanlah Hatiku Dan Noda-Noda Fitnah Wahai Pengasih
Terhadap Hamba- HambaNya Yang Mu'min.

Doa Hari - 30

Yaa Allah! Jadikanlah Puasa ku Disertai Dengan Syukur Dan Penerima Di,Atas
Jalan Keredhoan-Mu Dan Keredhoan Rasul. Cabang-Cabangnya Kukuh
Dan Kuat Berkat Pokok-Pokoknya, Demi Kenabian Mohammad Dan Keluarganya
Yang Suci, Dan Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam dan disudahi dengan Aminnnnn.......

Mudah-mudahan dirahmati kita sekelian oleh Allah S.W.T.
Wassallam...

~Kehadirannya dinanti, perginya kan ditangisi..usah biarkan ia berlalu pergi tanpa diisi..bersihkan hati..muhasabahlah diri..m0ga bersama dirahmati..kita di sini..masih berdiri...walau di mana bumi dijejaki, walau apa jua yang kau tempuhi, ingatlah Allah di sisi menemani..

~bisikan nurani~

Monday, August 2, 2010

C0ReTaN SePi~




Assalamualaikum...apa khabar iman anda? Diharapkan sentiasa meningkat dari hari ke hari...ke hadapan bl0gku yg hampir sepurnama dibiarkan sepi tanpa berita...bukan tidak mahu kembali menaip, namun kekangan masa membataskan ilham..Alhamdulillah...kembali mencurah-curah ilham bagai air terjun yang mengalir tenang...nafas ditarik perlahan...kerana apa yang bakal ku luahkan ini terasa berat di dada..mengcengkam nurani...menyesakkan jiwa..

Hampir sebulan aku di sini...di tempat yg begitu asing bagiku....tempat yg b0leh dilabelkan sebagai syurga dunia bagi yg dahagakan hiburan..lebih-lebih lagi bagi se0rang remaja..berdekatan dengan bandaraya Kuala Lumpur merupakan satu kepuasan bagi yg telah lama dambakan kehidupan m0den..namun tidak bagi aku..aku bersyukur kerna mendapat peluang menyambung pelajaran di universiti yg amat luas dan cantik...tetapi...jauh di sudut hati...aku memendam rasa..saban hari aku berfikir dengan keadaaan sekeliling...di mana nilai yg diterapkan Islam semakin terkikis...cuba bayangkan jika yg mem0n0p0li keadaan ialah bahagian kebudayaan..dan akhirnya menenggelamkan bahagian ker0hanian..aktiviti ker0hanian dipandang sepi..lebih ramai yg berminat untuk menyertai pr0gram kebudayaan..k0n0nnya dapat menyanyi..menari...bergelak sakan antara lelaki dan perempuan bagai lupa batasan yg disyariatkan..sedangkan Surau dibiarkan hening..hanya sedikit g0l0ngan yg datang menunaikan kewajipan..paling sedih kaum muslimin hanya dapat dibilang dengan jari..satu perasaan asing terbit dari hati...di manakah kaum muslimin? Di manakah kaum yg merupakan nakh0da kapal kehidupan nanti? Tidak ada yg berani menampilkan diri memberi tazkirah..tidak ramai yg sudi menjadi jawatankuasa Surau..tidak ramai yg ingin membantu menegakkan syiar Islam di sini..sekali lagi aku tegaskan..hanya segelintir kaum muslimin yg masih sudi..pers0alannya, di manakah yg lain?

Para muslimah masih ada yg mahu mengekalkan ciri-ciri se0rang muslimah..namun g0l0ngan inilah yg dipandang asing...masih ku ingat pesan se0rang pensyarah di matrik dahulu, kata beliau “ di universiti nanti g0l0ngan para muslimah yg betul-betul masih mengekalkan penampilan seperti yg disyariatkan amat sedikit..kamu jangan terkejut jika sukar menemui insan sefikrah..kamu perlu sabar..pesan saya kekalkan penampilan ini..jangan hanyut dan terpujuk dengan dunia fesyen yg hanya menampakkan apa yg sepatutnya disembunyikan dari pandangan ajnabi..g0l0ngan kamu akan semakin sedikit..dan beruntunglah menjadi g0l0ngan yg sedikit itu..” berbekalkan kata2 peransang ditambah d0r0ngan dan azam yg tekad, aku masih di sini..masih begini..Ya Allah tetapkan hati kami agar sentiasa di jalan menuju redh0Mu..

Aku dalam penantian..dengar khabar, pihak ker0hanian sedang berusaha menjemput Kak Fatimah Syarha untuk datang berk0ngsi sesuatu dengan kami di sini..Ya Allah..betapa aku ingin sekali berjumpa dengan beliau..terasa berdebar hati..akan ku manfaatkan peluang andai dapat bertentang mata dengan beliau..m0ga dipermudahkan..

Nampaknya ada urusan yg perlu aku selesaikan....tangan kan berhenti menaip..jaga diri sahabat di luar sana..jaga iman..jaga amal..ingat ibu bapa anda..bagi yg dahagakan percintaan, sabar dahulu..usah terpedaya kerna kemanisan hanya akan dirasai sementara..percayalah..bersabarlah..

~Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah…umpama sebutir permata yang didedahkan untuk perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup…sudah pasti keinginan diri kuat untuk melihat permata yang tersembunyi rapi tentulah melebihi daripada yang terdedah... ~


~bisikan nurani~

Friday, July 2, 2010

MeNgHiTuNg SaAt~




Assalamualaikum bl0gku..kali ini p0st yang terakhir sebelum tangan berhenti menaip..sebab beberapa jam sahaja lagi diriku kan berada di awangan..hehe..pada yang mengenali, pasti tahu arah destinasiku selepas ini..pada yang baru nak mengenali, sebenarnya dalam masa tidak sampai 24 jam, aku kan bergelar mahasisiwi UPM..alhamdulillah..dapat juga menunaikan di antara beberapa hasrat ayah dan ibu tercinta..untuk melihat anak sulung mereka ke menara gading..

Walau ku tahu kehidupan di sana serba mencabar apatah lagi berada di k0ta metr0p0litan yang jauh sekali berbeza dengan tempat kelahiranku, namun aku perlu menerima hakikat.

Walau di mana diri berada..
Walau di mana jasad berteduh..
Walau di mana hati dimilki..
Walau di mana kaki berdiri..
Walau di mana langkah diatur..
Walau di mana nyawa kan pergi..

Aku perlu sedar satu realiti..bumi ini milik Allah..diriku milik Allah..jasadku milik Allah..hatiku milik Allah..masih tidak ku tahu siapa pemilik cintaku selepas Allah dan Rasulullah s.a.w..kakiku yang ditugaskan untuk melangkah juga milik Allah..langkah ku di mana sahaja diharapkan sentiasa ke jalan Allah..dan akhirnya biarlah nyawa dikembalikan kepada Allah..

Aku tahu kehidupan sebagai se0rang mahasiswi itu tidak mudah..tambahan pula, aku tidak betah hidup di bandar..lebih selesa hidup bertemankan sawah padi menghijau..yang jauh dari kehidupan bandar yang sebenar..aku perlu hadapi kehidupan baru dengan hati yang kuat..jika tidak, dibimbangi aku turut sama tertipu dengan nikmat dunia..

Aku tahu betapa ramainya insan yang mudah lupa asal usul apabila bergelar mahasiswi..( aku spesifikasikan pada para muslimah )..Masih ku ingat bicara se0rang sahabat..katanya ramai muslimah yang dahulunya manis berjubah, s0pan berbaju labuh, ayu berbaju kurung, indah bertudung labuh, namun sebaik sahaja bergelar mahasisiwi, bertindak meminggirkan identiti yang selama ini dimiliki..mula leka dengan fesyen yang mengabaikan tuntutan syariat...kerana apa? kerana malu berpenampilan sedemikian..malu apabila dikutuk..diketawakan..dikatakan k0l0t..dikatakan tidak mengikut peredaran zaman..nauzubillah..apakah yang terjadi? mengapa begitu mudah kamu berubah pendirian? tidakkah dahulu kamu merasa tenang? mendengarkan bicara sahabatku itu, terbit rasa tekad..kami berjanji bahawa akan mengekalkan penampilan ini..lantaran itu, pesan sahabatku, carilah teman yang sefikrah..agar hati tidak mudah g0yah..agar iman tidak mudah patah..namun, jangan pinggirkan tuntutan berdakwah..walau dengan cara apa sekalipun..terima kasih sahabat..akanku abadikan dan aplikasikan nasihatmu itu..

Melihat jam mula melangkah ke angka 8.30 malam..jantung berdegup kencang...barang kelengkapan sudah disediakan..kata ayah, kami akan bert0lak jam 3 pagi..k0nv0i bersama rakan sekampung yang juga sama universiti denganku..perlahan bibir mengukir senyuman..bersama jari2 yang sederhana menaip..

Azam dibulatkan...
Impian kan digapai..
Bersama iman dan taqwa..
Buat bekalan di perantauan..

Akhir kalam, aku harap kita sama2 berjaya..betulkan niat..biarlah kerana Allah..tetapkan hati di jalan Allah..walau penuh dengan pancar0ba, ingatlah jangan mudah terpedaya..

Buat para muslimat, jagalah dirimu..usah tenggelam dengan pujuk rayu lelaki..tegaslah pada tempatnya..tetapkan pendirian..insyaAllah kamu akan selamat..peliharalah auratmu..kerana ia adalah mahk0ta yang digariskan syariat..peliharah akhlakmu seindah acuan Al-Quran dan Sunnah Rasulmu..m0ga menjadi anak yang s0lehah dan hamba Allah yang bertaqwa..

Buat kaum muslimin, kamulah yang akan menjadi nakh0da kapal kehidupan..berapa ramai sahabat seusiamu hanyut dengan keindahan dunia yang fana..lengkapkan dirimu dengan sikap kepimpinan..dengan rasa tanggungjawab..tidak banyak yang b0leh ku katakan padamu..kerana aku hanya bisa berada di belakangmu..meny0k0ng perjuanganmu..sem0ga menjadi hamba Allah yg s0leh..dan jangan lupa jasa ibu bapamu..

~terima kasih jika sudi membaca..akanku cuba menulis di hujung minggu..jam semakin menghampiri 9 malam..j0m saksikan akademi Al-Quran~

Selamat tinggal Pulau Pinang..Selamat Datang Selang0r..tunggu kepulanganku di hari lebaran..nampaknya sekali lagi menjalani ibadah puasa di rantau 0rang...

~bisikan nurani~

Thursday, July 1, 2010

KiSaH FaTiMaH SyArHa~




Assalamualaikum...sungguh aku tertarik dengan artikel ini..dapatlah dijadikan panduan buat para muslimah..

~Corat-Coret Kisah Tudung Labuh…

“Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?” Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.

Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.

Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibahku menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian. Yang paling kuingati, Kak Siti Aisyah Mohd Nor (kini merupakan bidadari kepada seorang tokoh agama terkenal). Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.

Yang Tertutup Itu Indah

Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, “Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”

Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.

Istimewa Bertudung Labuh

Di sini, aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.

Dikejar Tebuan Tanah

Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan.

Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.

Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.

Terlindung daripada Mata Mat Rempit

Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah.

Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.

Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku.

Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.

Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal.

Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.

“Di mana?” Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada.

Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.

Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali!

Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!

Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut

Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.

Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.

Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, “Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak.” Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?

Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh

Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan.

Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.

Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya.

Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.

Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat

Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, “Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.” “Tudung tak labuh pun masih tutup aurat.” “Don’t judge people by its cover.” Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.

Tudung Labuh - Pengalaman menarik Fatimah Syarha menerusi kolum Remaja Majalah Solusi isu no 21.


~bisikan nurani~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...