Blogger Backgrounds

DArI hAtI~

SiMpULaN UkHwAH~



Photobucket

Photobucket

Photobucket

Wednesday, July 13, 2011

1997 vs 2011~


Inilah adik bongsu penulis..Eh, kenapa letak gambar adik ni? Nak tahu kenapa, bacalah..! =)

Assalamualaikum & Selamat petang..Sejak kebelakangan ini, jari jemari ini ligat pula nak menaip bagi menceriakan blog usang ku ini..Ha, kali ini penulis ada satu kisah nak dikongsikan..Sedar tak sedar, sudah hampir 20 tahun penulis dapat bernafas di dunia ini..Alhamdulillah, hanya kalimah syukur yang dapat dilafazkan..Bukan niat penulis nak berceloteh panjang tentang ni'mat hidup, kerna jika habis seluruh kertas pun yang digunakan untuk menceritakan ni'mat kurniaan Allah ini, nescaya manusia hanya ketandusan kertas sahaja..Ini bermakna ni'mat yang Allah hadiahkan kepada hamba2 Nya tidak mampu dihitung..Perkataan mudahnya, 'infinity'..Baiklah, berbalik kepada kisah asal yang penulis ingin kongsikan..hik3..Al kisahnya bermula di sebuah teratak terletak di Pulau Pinang..Dialog dalam kisah ini dilafazkan oleh adik penulis yang berusia 6 tahun bernama Nur Faizah dan penulis sendiri menggunakan loghat utaqa..(^_^)

Adik : Kakak, adik dah mandi dengan makan..Mai sat broadband, adik nak guna..

Penulis : (Silap dengaq ka ni) Ha? Adik nak apa?

Adik : Adik kata, adik nak broadband sat..Nak guna..Sat ja..

Penulis : (Ketawa sopan) Adik tau guna ka? 

Adik : Adik tau la..Ingat budak 6 taun x reti guna ka..Mai la sat..Satgi adik bagi la balik..

Penulis : (Terkejut) Ish, kalau adik reti guna, ha habaq sat adik nak bukak apa?

Adik : Ada la adik nak bukak..Adik nak bukak youtube, nak tengok cita upin ipin..Pas 2 , adik nak main game masak2..Taip ja kat google, cooking game, satgi dia keluaq la..Pas 2, adik tekan ja la..Boleh la main..

Penulis : (Lagi nada terkejut) ???? Pandainya! Mana adik belajaq ni?

Adik : Adik slu tgok akak dengan abang2 tekan2..Adik belajaq la..Dah la kakak..Mai la sat..(Sambil buat muka x bersalah)

Penulis : Ok, kakak nak tengok mcm mana adik bukak..

Diringkaskan kisahnya, adik penulis dengan yakinnya membuka suis komputer (PC), lantas melakukan kaedah2 yang tepat untuk mengakses internet..Lantas, penulis tersenyum sendiri mengenangkan betapa cerdiknya kanak2 zaman teknologi tanpa wayar ini..

Sebaliknya, kira2 14 tahun yang lalu, tatkala umur penulis 6 tahun, penulis hanya tahu main masak2 menggunakan tempurung kelapa, daun2 kering, bunga raya, daun bawang, dan ranting2 kayu..

Itulah kesannya dari peredaran zaman..Zaman penulis dan zaman adik penulis dipisahkan kira2 beberapa belas tahun sahaja, namun pelbagai perubahan yang telah berlaku..Pendek kata, dulu main masak2 secara nyata, tapi sekarang main masak2 di dunia maya..

Betapa berbezanya zaman penulis pada tahun 1997 dan zaman adik penulis pada tahun 2011..

Pasti kalian pernah berhadapan dengan kisah yang sama..=)

Setakat ini sahaja yang penulis nak kongsikan..Harapan penulis supaya kanak2 zaman sekarang memanfaatkan teknologi ini dengan baik..Buang yang keruh, ambil yang jernih..

Pengajaran dari kisah ini:

1) Jangan pandang rendah kepada kebolehan kanak2..hik3..

2) Penulis dah terminat dengan cita upin & ipin..(^_^)

TAMAT..

~bisikan nurani~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...