Blogger Backgrounds

DArI hAtI~

SiMpULaN UkHwAH~



Photobucket

Photobucket

Photobucket

Thursday, July 14, 2011

IsTiMeWaNyA KoLeJ 17, UPM~


Hik3..Tiba2 ada gambar katil..Ni la katil penulis di Kolej 17..Rindu..:( 
Assalamualaikum & Selamat petang..Sambil menikmati kepanasan udara Pulau Pinang, penulis sempat menjelajah ke muka buku adik2 lepasan matrikulasi yang sangat takut + gabra + cuak + nervous + nak tercabut jantung menanti hari esok..Bagi yang ketinggalan train, ha esok adalah tarikh keramat buat mereka..Alkisahnya,  esoklah keputusan UPU akan dihebahkan atau dalam erti kata lain mereka akan mendapat khabar gembira hala tuju pencarian ilmu selepas menamatkan alam matrik..Ketahuilah adik2 ku, penulis juga pernah merasainya setahun yang lalu..Pasti perasaan adik2 sangatlah difahami bukan sahaja oleh penulis, malah rakan2 penulis yang lain..Penulis tidak lah berhasrat panjang untuk berceloteh tentang hari esok, TETAPI penulis sekadar nak berkongsi mengenai universiti yang telah ditakdirkan untuk penulis mengembara mencari ilmu..

IAITU UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)..hik3..

Hmmm..tetapi (banyak sangat tapi ni, aishhh..) penulis tak nak la tulis panjang lebar pasal UPM ni..Sebab banyak sangat nak diceritakan..Plus gambar2 pun banyak nak letak..Jadi, penulis hanya nak ceritakan tentang kolej dan fakulti penulis sahaja..Semoga bermanfaat buat adik2 yang akan menetap di kolej penulis..=)

KOLEJ 17, itulah nama yang diberi pada kolej penulis..Penulis sangat sayang pada kolej ini..Pelajar2 yang tinggal di kolej ini sangat bertuah kerana jarak antara kolej ke fakulti mengambil masa selama 5 minit kalau jalan laju2 dan dalam 10 minit kalau jalan lenggang kangkung..hik3..Maksudnya, tak perlu susah2 naik bas la nak ke kuliah seperti pelajar2 kolej lain di UPM..

Pelajar2 di kolej 17 mengambil jurusan Doktor Perubatan, Bioperubatan, Doktor Veterinar, Jururawat, Dietetik, Keselamatan Pekerjaan & Persekitaran serta Pemakanan & Kesihatan Komuniti..Fakulti pula hanya bersebelahan dengan kolej iaitu Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan..=)  

Mari kita selusuri fakta tertubuhnya kolej 17..


Bawah sebelah kanan = Surau Khulafa' Ar-Rasyidin

Kelihatan juga blok2 kediaman..

Kemudahan sukan yang disediakan.. 


Laluan pelajar2 di hadapan blok kediaman.. 

Jambatan yang menghubungi pusat pelajar.. 


Kelihatan bangunan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan.. 

Cantik kan..!

Ni lah surau kolej..Rajin2 datang tau..hik3.. 


Cafe!! hik3..Nak makan, datang la cafe.. 

Kolej Tujuh Belas mula dibangunkan pada 10 Julai 2003  bersama-sama dengan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan  dengan anggaran kos RM 202 juta dan siap dibina  sepenuhnya pada 10 Januari 2006.

Kolej ini menempatkan pelajar-pelajar dari Fakulti  Perubatan dan Sains Kesihatan serta Fakulti Perubatan Veterinar. Pada umumnya, terdapat 4 blok bangunan penginapan pelajar iaitu blok A dan B bagi pelajar wanita manakala blok C dan D bagi pelajar lelaki, sebuah surau, sebuah bangunan kiosk pelajar, sebuah kafetaria, sebuah rumah pengetua dan 4 unit rumah felo.

Kapasiti yang boleh ditampung bagi keseluruhan bilik di blok A, B, C dan D adalah seramai 2,000 orang.

diambil dari sini -------> http://www.k17.upm.edu.my 

Jom rehatkan mata lagi..hik3..


Ini ialah tangki air Kolej 17..hik3..

Ha..cantik kan..pemandangan dari atas...

Ini ialah bangunan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan..

Ha ni sebahagian bangunan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan..
Harap maaf, penulis tak simpan gambar Fakulti Veterinar..hik3..Ianya terletak di luar kolej, tetapi jaraknya dekat sahaja..Dalam 10 minit la kalau jalan kaki..Baru sahaja dibina..Cantik!

Akhir kalam, SELAMAT BERJAYA kepada adik2 tak kira di mana peluang yang anda dapat untuk melanjutkan pelajaran..Yang penting, bersyukurlah dan mulakan semangat baru!!
~bisikan nurani~

Wednesday, July 13, 2011

DoN'T Be SaD~



A little boy is telling his Grandma how "everything" is going wrong. School, family problems, health problems, problems with friends, etc.

Meanwhile, Grandma is baking a cake. She asks her grandson if he would like a snack, which, of course, he does. "Here, have some cooking oil." "Yuck" says the boy. 

"How about a couple raw eggs? " "Gross, Grandma!" 

"Would you like some flour then? Or maybe baking soda?" "Grandma, those are all yucky!" 

To which Grandma replies: "Yes, all those things seem bad all by themselves. But when
 they are put together in the right way, they make a wonderfully delicious cake

Allah works the same way. Many times we wonder why Allah would let us go through such
 bad and difficult times. But Allah knows that when Allah puts these things all in His order,
 they always work for good! We just have to trust Allah and, 


eventually, they will all make
 something wonderful!"

~bisikan nurani~

1997 vs 2011~


Inilah adik bongsu penulis..Eh, kenapa letak gambar adik ni? Nak tahu kenapa, bacalah..! =)

Assalamualaikum & Selamat petang..Sejak kebelakangan ini, jari jemari ini ligat pula nak menaip bagi menceriakan blog usang ku ini..Ha, kali ini penulis ada satu kisah nak dikongsikan..Sedar tak sedar, sudah hampir 20 tahun penulis dapat bernafas di dunia ini..Alhamdulillah, hanya kalimah syukur yang dapat dilafazkan..Bukan niat penulis nak berceloteh panjang tentang ni'mat hidup, kerna jika habis seluruh kertas pun yang digunakan untuk menceritakan ni'mat kurniaan Allah ini, nescaya manusia hanya ketandusan kertas sahaja..Ini bermakna ni'mat yang Allah hadiahkan kepada hamba2 Nya tidak mampu dihitung..Perkataan mudahnya, 'infinity'..Baiklah, berbalik kepada kisah asal yang penulis ingin kongsikan..hik3..Al kisahnya bermula di sebuah teratak terletak di Pulau Pinang..Dialog dalam kisah ini dilafazkan oleh adik penulis yang berusia 6 tahun bernama Nur Faizah dan penulis sendiri menggunakan loghat utaqa..(^_^)

Adik : Kakak, adik dah mandi dengan makan..Mai sat broadband, adik nak guna..

Penulis : (Silap dengaq ka ni) Ha? Adik nak apa?

Adik : Adik kata, adik nak broadband sat..Nak guna..Sat ja..

Penulis : (Ketawa sopan) Adik tau guna ka? 

Adik : Adik tau la..Ingat budak 6 taun x reti guna ka..Mai la sat..Satgi adik bagi la balik..

Penulis : (Terkejut) Ish, kalau adik reti guna, ha habaq sat adik nak bukak apa?

Adik : Ada la adik nak bukak..Adik nak bukak youtube, nak tengok cita upin ipin..Pas 2 , adik nak main game masak2..Taip ja kat google, cooking game, satgi dia keluaq la..Pas 2, adik tekan ja la..Boleh la main..

Penulis : (Lagi nada terkejut) ???? Pandainya! Mana adik belajaq ni?

Adik : Adik slu tgok akak dengan abang2 tekan2..Adik belajaq la..Dah la kakak..Mai la sat..(Sambil buat muka x bersalah)

Penulis : Ok, kakak nak tengok mcm mana adik bukak..

Diringkaskan kisahnya, adik penulis dengan yakinnya membuka suis komputer (PC), lantas melakukan kaedah2 yang tepat untuk mengakses internet..Lantas, penulis tersenyum sendiri mengenangkan betapa cerdiknya kanak2 zaman teknologi tanpa wayar ini..

Sebaliknya, kira2 14 tahun yang lalu, tatkala umur penulis 6 tahun, penulis hanya tahu main masak2 menggunakan tempurung kelapa, daun2 kering, bunga raya, daun bawang, dan ranting2 kayu..

Itulah kesannya dari peredaran zaman..Zaman penulis dan zaman adik penulis dipisahkan kira2 beberapa belas tahun sahaja, namun pelbagai perubahan yang telah berlaku..Pendek kata, dulu main masak2 secara nyata, tapi sekarang main masak2 di dunia maya..

Betapa berbezanya zaman penulis pada tahun 1997 dan zaman adik penulis pada tahun 2011..

Pasti kalian pernah berhadapan dengan kisah yang sama..=)

Setakat ini sahaja yang penulis nak kongsikan..Harapan penulis supaya kanak2 zaman sekarang memanfaatkan teknologi ini dengan baik..Buang yang keruh, ambil yang jernih..

Pengajaran dari kisah ini:

1) Jangan pandang rendah kepada kebolehan kanak2..hik3..

2) Penulis dah terminat dengan cita upin & ipin..(^_^)

TAMAT..

~bisikan nurani~

Monday, July 11, 2011

KeK CokLaT TaNpA MenTeGa & TeLuR~

Assalamualaikum..Kala jiwa dirundung nestapa, ada baiknya diriku cari penawarnya agak tidak lekas merebak jangkitan dukanya..Ubah topik lah ya..Sempena musim Ramadhan yang tidak lama lagi akan membuka tirainya, pasti suri2 rumah tangga ingin menambah selera anak2 dengan hidangan yang enak aneka rasa..Kanak2 memang suka menikmati juadah manisan seperti kek..Namun, kebetulan pada hari yang dijanjikan untuk anda menyediakan kek special kepada mereka, terbantut tatkala kehabisan stok MENTEGA dan TELUR..Alahai, nak ke kedai terasa malas dek cuaca panas..Tambahan pula, suami gunakan kereta...Kedai pula terletak nun jauh di sana..JANGAN RISAU..hehe..Kek special masih boleh disediakan tanpa MENTEGA dan TELUR..TAK PERCAYA? Ha, mari saya kongsikan bahan2 serta cara membuatnya..Memandangkan anak2 suka sangat dengan KEK COKLAT, jadi kita buat lah kek coklat ya..(Sebelum itu, penulis masih belum berkahwin dan sudah tentu masih tidak mempunyai anak..Sengaja nak gunakan perkataan anak2..=p)

KEK COKLAT  BERCERI (sebab penulis letak ceri hijau sebagai hiasan)

BAHAN2 NYA:

1 cawan tepung gandum (tepung kek pun boleh, penulis guna tepung kek)
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang (penulis guna gula biasa, boleh saja, gula perang lagi sedap la)
1 & 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais tau)
1/2 cawan minyak masak sayuran @ minyak jagung (penulis guna saja minyak masak)
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar susu tepung (nak letak lebih pun boleh)
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil serbuk kopi (penulis guna vico)
1 sudu kecil cuka @ jus lemon (penulis guna cuka)
Secubit garam

Mudah kan nak dapat bahan2 nya? Tanpa MENTEGA & TELUR..

CARA2 NYA:

1) Panaskan oven pada suhu 160 degree (Ni oven penulis la..Bergantung pada oven yang anda gunakan..)

2) Ayak tepung bersama baking powder, dan serbuk koko dalam bekas besar.

3) Masukkan susu tepung. garam dan gula perang. Kemudian kacau rata2 menggunakan mixer.

4) Selepas itu, boleh lah masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanilla, & serbuk kopi. Kacau perlahan-lahan dan pastikan adunan tidak berketul.

5) Tuang ke dalam loyang kek sebarang bentuk yang anda suka. (Penulis guna loyang kek bulat)

6) Akhirnya, masukkan ke dalam oven untuk dibakar..!

Setelah kek anda masak, seperti biasa, letakkan toping coklat di atasnya..Hiaslah mengikut kreativiti anda ya..(Penulis taburkan srbuk badam dan hiaskan dengan ceri2 hijau..) 

SELAMAT MENCUBA..! JIMAT, tanpa MENTEGA & TELUR..


Oleh sebab adik2 penulis dah x sabar nak makan, inilah gambar yg sempat diambil.. 


Adik bongsu penulis yang sangat suka makan kek coklat..

~bisikan nurani~

Saturday, July 9, 2011

MaNuSiA MuDaH LuPa~


Tatkala di alam azali..
Manusia telah berjanji dengan sepenuh hati..
Bahawa tidak akan sesekali..
Memungkiri janji yang terpatri..
Janji bukan sebarang janji..
Bahawa hanya Ilahi yang akan ditaati..
Tanpa rasa berbelah bahagi..

Hampa tiba saatnya manusia menjengah fana dunia..
Menangis meronta-ronta seakan tidak rela..
Tangisan bermakna tanda perlu bersedia..
Melaksanakan janji yang telah dibina..
Pilu rasanya kala bergelar manusia yang mudah lupa...
Tiba masanya janji hanya sekadar mainan bibir yang acap kali berdusta..

Kini, dunia yang diangungkan sebagai raja semakin tua..
Manusia tidak lagi gentar pada Allah, Yang Maha Kuasa..
Bertunjangkan nafsu yang ligat bertepuk tangan..
Syaitan dan iblis ketawa bergelimpangan..
Menyaksikan musnahnya pentas kehidupan manusia yang kian jauh dari Tuhan..

Oh, manusia yang mudah lupa..
Sampai bila kuasa dan harta menjadi pujaan..?
Sampai bila maruah agama sanggup engkau gadaikan...?
Sudah lupakah engkau bila-bila masa sahaja nyawamu kan dijemput Tuhan? 
Dengan rentapan yang kasar atau penerimaan yang mengasyikkan?

Inilah kisah drama kehidupan manusia...
Yang tidakkan tamat selagi tidak kedengaran ngerinya tiupan sangkakala...
Oh, manusia....
Lupakah engkau akan ni'matnya syurga?
Lupakah engkau akan azabnya neraka?
Atau engkau hanya berpura-pura lupa?
Mahu bertaubat kala usia menjengah tua..
Betapa pastinya engkau nyawamu akan kekal lama..
Apa kan jadi kala malaikat maut sekarang menjelma?
Kala engkau sibuk berketawa dengan hiburan dunia..

Benarlah..
Manusia mudah lupa..

~bisikan nurani~

Friday, July 8, 2011

BiCaRa BuAt InSaN BeRdUkA~



Assalamualaikum & Salam sayang dari kejauhan..Rintik hujan mula menyirami bumi Pulau Pinang kala ini..Rintik-rintik yang awalnya perlahan kian deras mengalirkan limpahan air ke sawah padi berhampiran teratak keluargaku..Waktu beranjak pantas menghampiri senja..Pancaran suria yang setia menerangi diri kian berbalam diselaputi kabus malam..Pantas minda teringat sesuatu kala terpandang rintik hujan membasahi kerak bumi..

“ Apabila hujan turun, melimpahlah air dari perbukitan, aliran menujah ke batu, melekuk tanda waktu beralih, seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung. “ Petikan dari novel Bagaikan Puteri, karya Ramlee Awang Murshid..

Aku amat terkesan dengan bait-bait kata yang dinukilkan dalam novel beliau..Setiap susunan katanya seakan mengajak diriku untuk turut sama memainkan peranan sebagai watak-watak dalam drama kehidupan yang diilhamkan beliau..Ah, Laksamanan Sunan bagaikan hidup dalam hati kecil ini..Tercipta indahnya peribadi seorang insan yang menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai qudwah hasanah dalam kehidupannya yang serba mencabar..Sesiapa yang telah membacanya pasti bersetuju dengan diriku..

Muqaddimah yang panjang sebagai tanda melepaskan gian kala sudah lama aku tidak mencoretkan kata-kata di laman sesawang ini..Acap kali aku ingin menulis, namun bagaikan kata-kata yang ingin dinukilkan seakan terhenti kaku di ruang minda..Selama ini, aku hanya memerhati..Menjadi pemerhati setia melihat panorama dunia insan-insan yang penting bagiku walau diriku tidaklah menjadi insan penting dalam pentas kehidupan mereka..Maafkan diriku kerna acap kali menerobos laman muka buku insan-insan seperti kalian lantaran naluri hati meronta-ronta ingin tahu perkembangan kehidupan kalian..Membaca bait kata-kata yang kerap kali kalian lontarkan kala jiwa dirundung sepi mahupun bersulam bahagia..Semuanya aku simpan kemas di dalam memori yang sedikit cuma..

Kalian aku anggap seperti sahabat..Kalian mempunyai peribadi dan sikap yang berbeza-beza namun kalian juga yang mewarnai kehidupanku..Hanya masa dan jarak yang memisahkan kita..Namun, dengan kemodenan arus teknologi komunikasi abad ini, pantas sekali aku dapat mengakses dan menterjemah turun naik kehidupan kalian..Kadangkala aku tersenyum kala kalian merasa bahagia..Dan acap kali juga aku turut sama-sama berduka pabila kalian dirundung nestapa..Ketahuilah, kalian yang mewarnai pelangi kehidupanku..Terima kasih SAHABAT-SAHABAT ku…

“Jika kita tidak dapat menjadi pensel untuk melakarkan kebahagiaan insan lain, cukuplah jika kita mampu menjadi pemadam yang dapat memadamkan kesedihan di hatinya..”

Untuk sahabatku yang sedang berduka,

Sahabat, ketahuilah duka yang merebak ke relung hatimu itu hanya seketika cuma..Bersyukurlah kala dirimu terpilih untuk menerima ujian dalam bentuk kesedihan yang nyata..Saat jernih air matamu mengalir membasahi ruang pipi, tangisan pilumu itu turut merobek segenap hatiku..Ingatlah sahabat, Allah sentiasa dekat denganmu..Dia ada tidak mengenal waktu..Sentiasa ada..Dan pasti ada kala kamu memerlukan..

Namun, sahabatku, kitalah manusia yang kerap kali melupakan Allah pada masa suka..Hanya bertatih-tatih mencariNya kala dirundung duka..Apakah layak kita ini mendapat sekelumit kasihNya, sahabat? Sungguhpun begitu, Allah itu Maha Penyabar..Maha Pengampun serta Maha Penyayang..Dia dekat dengan hamba-hambaNya yang mahu melangkah kepadaNya..Dia lebih tahu apa yang perlu dilakukan..Setiap musibah disediakan hikmah yang amat besar..Cuma kadangkala ketidaksabaran manusia menyebabkan kita suka membentak-bentak pada ketika diuji dengan sesuatu yang memberatkan jiwa raga..Sahabat, bermunajatlah..Mohonlah pada Allah agar kesedihanmu itu pergi seperti debu yang diterbangkan angin ke laut..Maafkan khilafku kerna tidak dapat menghapuskan air matamu..

“ Dan Kau yang mengutuskan duka..Dan Kau jua yang mengirimkan hampa..Namun padaMu jua diadukan..Merebahkan keresahan dan tangisan..”

Akhir kalam sahabat, “Life is not a bed of roses”..When you think that you are not happy in this LIFE, always think that someone is happy simply because you are EXIST..

Amalkan bingkisan doa ini kala kamu tetap bersedih,

“Ya ALLAH..Janganlah Engkau sedihkan aku dengan hal-hal keduniaan, tetapi sedihkanlah aku jika aku rindukan syurgaMu dan rindu untuk menatap wajahmu ya ALLAH.." Ameen, Ya Rabbal ‘Alamin..

~bisikan nurani~

Friday, June 10, 2011

BiNgKiSaN BuAt KaMu~



Assalamualaikum & Salam sayang dari kejauhan..Ingatlah..Walau kita jauh, tapi itu hanya jarak yang memisahkan..Yang penting hati kita sentiasa dekat..Saling dekat kerana matlamat kita sebagai khalifah di muka bumi ini ialah untuk mendekatkan diri serta beribadah kepada Allah..Alhamdulillah..Masih diberi nafas untuk meneruskan kehidupan ini walau tidak tahu bilakah ajal kan menjemput pergi..Harap maaf kerana sudah lama tidak menulis atau berk0ngsi apa2 di laman sesawang ini..’Maafkan khilafku, wahai bl0g”, m0n0l0g dalaman penulis kepada bl0gnya..


Apa yang membuatkan diriku terpanggil untuk menulis kembali ialah atas beberapa sebab..Hmmm..Untuk berk0ngsi pengalaman & untuk menjernihkan salah faham yang telah berlaku..Tetapi, pada kali ini, penulis ingin berk0ngsi pengalaman terlebih dahulu..Memandangkan penulis mendapat tahu bahawa hari ini ialah salah satu hari yang bersejarah bagi adik2 lepasan matrikulasi kerana keputusan kemasukan ke USM sudah pun dikeluarkan..Laman muka buku a.k.a faceb00k menjadi medan untuk mereka meluahkan perasaan sama ada sedih, gembira & keliru..Penulis hanya mampu tersenyum melihat suasana ini, lantas mengimbau kembali detik2 yang juga pernah berlaku kira2 setahun yang lalu..


Ke hadapan adik2 ku yang dikasihi, (cewah, ala2 surat tidak rasmi plak kan..=p)

Setahun yang lalu, saat akak melayani kesibukan diri sebagai AJKO MPPB 2010/2011 (time adik2 masuk matrik), akak dikejutkan dengan satu berita bahawa akak telah mendapat tawaran masuk ke USM dalam bidang Farmasi..Bayangkanlah adik2 perasaan akak pada masa itu..Tak berkelip akak memandang skrin lapt0p..Se0lah-0lah menembusi ke alam separuh sedar..Sebaik kembali ke keadaan n0rmal, hehe, Alhamdulillah..Syukur akak panjatkan kepada Allah kerana memilih akak..Tapi, oleh sebab, akak dapat bidang Farmasi, akak diwajibkan untuk menghadiri sesi temuduga terlebih dahulu..Gurlp!! Nampak saja perkataan ‘temuduga’, kalau 0rang putih kata, interview, terus sahaja terasa h0rm0n2 badan akak dirembeskan dengan pantas sekali..Seram sejuk saja..Maklumlah, pertama kali nak ke sesi temuduga..Zer0 experience ab0ut interview..! Tambahan pula, masa itu, akak masih lagi menjalankan tugas sebagai AJKO..baru dua hari..Sedangkan temu duga akak lagi 2 hari saja..Akak masih ingat, akak dapat tahu hari Selasa, dan hari temu duga jatuh pada hari Khamis..


Jadi, alkisahnya, akak pun terus la telefon mak ayah untuk ambil akak pada kees0kan harinya iaitu hari Rabu..Memang kelam kabut jugak la..Sebabnya, akak tak sempat nak buat persediaan yang banyak untuk interview tersebut..Akak sempat minta tips2 dari seni0r2 yang turut hadir sebagai AJKO..Alhamdulillah, dipendekkan cerita, pada malam hari sebelum nak ke temu duga, akak sempat la baca sedikit tentang ‘what is pharmacy all ab0ut?’..

Pada pagi hari Khamis, akak pun sampai la pada awal pagi di USM Penang..dekat saja dengan rumah akak..Saat nama akak dipanggil untuk masuk ke bilik temuduga, seram sejuk terasa sehingga ke tulang2..Ringkasnya, 0leh sebab akak terlampau berdebar, akak tergagap-gagap menjawab s0alan yang diajukan terutama ketika diminta untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris..


Hasilnya, setelah keputusan temu duga dikeluarkan, akak tidak berpeluang ke bidang Farmasi di USM..pada mulanya, akak kecewa..Tapi, akak lantas tersedar bahawa kadang2 apa yang kita rasakan terbaik untuk diri kita, tapi belum tentu terbaik di sisi Allah..Akak pun dengan sabar menunggu keputusan UPU..

Alhamdulillah..bila keputusan UPU diumumkan, akak rasa bersyukur sebab akak mendapat tawaran dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan a.k.a Biomedic..Pada mulanya, akak tak yakin mampu menghadapi tekanan dari subjek2 yang agak memerlukan persediaan mental, tapi buktinya sampai sekarang, akak rasa sangat bersyukur dapat bidang ini..Semasa akak isi USM dulu adik2, akak memang letak Farmasi as a first ch0ice, tapi bila akak isi UPU, akak letak Biomedic as a first ch0ice..Sebab apa? Sebab akak minat subjek Kimia as well as subjek Biology..Jadi, kalau dapat mana satu pun, akak terima saja..


Mungkin kisah akak ini sedikit berbeza dengan keadaan adik2 pada masa sekarang..Sebabnya, adik2 sekarang rasa dilema sama ada nak terima tawaran USM ataupun tidak..Tapi, diharapkan kisah akak dapat dijadikan ‘ibrah (iktibar) kepada adik2 serba sedikit..Akak harap sangat, dan m0h0n dengan sangat, sebelum adik2 nak klik butang Terima/Tolak tawaran USM ini, diharapkan adik2 minta lah petunjuk dari ALLAH..Kerana ALLAH adalah sebaik-baik Perancang, adik2..Buat solat sunat isthikharah dulu, dan puasa pada siang harinya sebelum adik2 nak buat solat sunat isthikharah agar keputusan yang adik2 akan buat tidak dikuasai oleh nafsu semata-mata..


Dan jangan lupa untuk berbincang dengan mak ayah juga ya..Kerana redha Allah terletak pada keredhaan ibu bapa kita..Kalau adik betul2 minat bidang yang adik dapat, tapi mak ayah halang, adik bincang el0k2 dengan mak ayah..Kalau adik2 dapat bidang yang adik2 tak minat, ingatlah, minat ini b0leh datang kemudian adik2..Kalau adik2 tak tahu bidang yang adik dapat ini mengenai apa, pendek kata ‘blur’ nak belajar apa, buat rujukan pada internet ataupun seni0r2..InsyaAllah, ilmu Allah ni luas adik2..Sebab tak tahu la, kita belajar kan..


D0a akak, sem0ga adik2 dapat membuat keputusan yang terbaik..Anggaplah ini sebagai satu batu l0ncatan untuk adik2 menjadi lebih matang dalam membuat keputusan..Ingatlah..dalam menempuhi kehidupan ini, nak tak nak, mahu tak mahu, kita akan berhadapan dengan situasi untuk membuat keputusan..Sem0ga berjaya! (^_^)


Akhir kalam,


~Buat adik2 yang tak dapat apa yang diinginkan..~


Kdg2 apa Yg kita Nak tU biLa x Dapat,
Kita cepat mengeLUh dan berSediH..

seDangkan SebEnarNYa Allah nak beri Yg lebiH Baik utk kita..

Cuma kita Yang x SeDarinYa..
sebab terLaLu brseDih keHilanGan apa Yang terLalu kita inGinkaN...

Allah inGin menGuji keSabaRan kita :)

JaDi, Jangn brSedih jika KehiLangn sesuatU..kerNa insyaAllah keLak jika kita
brsaBar kita akan peroleHi yg lebih Baik ^_^


~Buat adik2 yang dilema dalam membuat keputusan~


Surah Al-Baqarah Ayat 216 :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

~bisikan nurani~


Saturday, March 12, 2011

BeRsAmA ReNuNgKaN~


Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di mataMu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.

Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.
Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.

Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.

Di mana saja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf a.s, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman a.s, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad s.a.w, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku, juga hatimu. Itu janji Allah.
Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi. Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.

Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku kerana-Nya.
Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga. AMIN! :)

~bisikan nurani~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...