Blogger Backgrounds

DArI hAtI~

SiMpULaN UkHwAH~



Photobucket

Photobucket

Photobucket

Wednesday, October 6, 2010

SeGaLaNyA MiLiKmU~

Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan

Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merabahkan keresahan dan tangisan
Aku tahu inilah kasihMu

Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu

Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuantan
Oh Tuhan


Friday, September 24, 2010

La TaHzAn~




Jika ditakdirkan kita hanya dapat bersahabat dari jauh...hanya dapat melihat sahabat kesedihan dari jauh....hanya dapat membiarkan sahabat pergi bersama orang lain dari jauh...hanya dapat membiarkan sahabat bersama orang lain dari jauh..dan perlu mengorbankan perasaan sayang pada sahabat dari jauh...

bagaimanakah...jika dalam indah bersahabat...se0rang sahabat yg lain terasa dipinggirkan disebabkan keakraban sahabat yg berdua ini...bagaimana kah...untuk memulihkan keadaan yg semakin dingin....salah seorang perlu berkorban..dan orang yg berkorban itu perlu merelakan...walau hati akan rindu pada sahabat itu...mengapa ada pengorbanan saat jasad masih baru..masih hijau di bumi kampus ini...masih x betah dengan erti kehidupan...masih mencari sahabat dan bila ditakdirkan bersahabat, persahabatan terpaksa dikorbankan..kerana apa....kerana insan lain telah terluka...seseorang itu tidak mahu insan lain terluka..maka seseorang itu ingin menjauhkan diri...walau seseorang itu tahu jiwanya menangis...

sahabat di medan perjuangan menitipkan kekuatan....namun andai persahabatan ini dicagarkan demi kasih pada insan lain...terpaksa jua dibiarkan persahabatan itu pergi bersama kenangan yg tenggelam dalam kerinduan....bersama sahabat tercipta mem0ri...namun jika sahabat itu hanya dapat didekati dari kejauhan....seseorang perlu meneruskan perjuangan...

dan sebelum pena maya ini dinoktahkan...seseorang ini ingin berkorban...walau untuk seketika cuma..dan mungkin untuk selamanya...

LA TAHZAN..( pesan seseorang pada hatinya)


~bisikan nurani~

Thursday, September 16, 2010

SeLaMaT TiNgGaL WaHaI PeJuAnG~




"Selamat tinggal Wahai Pejuang"

Selamat tinggal wahai pejuang
Air mataku jatuh kerana rindu padamu
Bumi meratapi kehilanganmu dan menerima ketulan daging-dagingmu
Meskipun jasad kita terpisah namun jiwa kita tetap bersatu

Di dunia kita bertemu
Di akhirat kita akan bersatu

Kita mohon pada yang Esa
Di waktu sahur kita berdoa
Agar kita dapat kembali bertemu dengan gembira
Tanpa ada sesuatu yang mendukacita
Nun di syurga sana harapan kita

Di dalamnya ada sungai-sungai
Mata air yang tidak terputus
Di dalamnya bidadari memanggil-manggil kita
Dengan suaranya yang merdu tanpa bandingan

Di dalamnya kita bertemu orang yang dikasihi
Di dalamnya pula kita menjumpai rasul dan sahabat terpilih
Di dalamnya juga para umat terdahulu
Telah mendahului kita mencapai syuhada

Wahai pejuang yang telah mendahului kami
Pergilah engkau ke sisi ilahi
Masuklah engkau ke syurga abadi
Selamatlah engkau dengan apa yang dilalui
Selamat tinggal wahai pejuang
Moga kita akan bertemu lagi.

Wallahualam

~dipetik dari ustaz.blogspot.com~

~bisikan nurani~

Monday, August 23, 2010

HaTiKu~




Milikilah hatiku dengan izin ALLAH...
Milikilah cintaku kerana cintaNYA...
Milikilah diriku kerana agamaNYA...
Milikilah jiwaku keranaNYA....
Jangan miliki hatiku jika belum tiba masanya..

~bisikan nurani~

SoLaT WiTiR~




Oleh Dr. Zulkifli Mohamad Albakri

SOLAT witir ialah solat yang ganjil bilangan rakaatnya sama ada satu, tiga, lima, tujuh, sembilan dan 11 rakaat. Ia dinamakan dengan witir kerana ditamatkan dengan satu rakaat dan berbeza dengan solat yang lain.

Hukumnya adalah sunat muakkad di sisi mazhab Syafie dan jumhur ulama tetapi menjadi wajib di sisi mazhab Hanafi.

Antara kelebihan solat sunat witir ialah Allah mengasihinya. Sesiapa yang mendirikannya sesungguhnya dia telah melaksanakan apa yang disukai oleh Allah. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali r.a berkata: Solat sunat witir tidak wajib sebagaimana solat fardu tetapi ia adalah sunat. Kenyataan tersebut sebagai hujah dan dalil bahawa witir bukanlah wajib seperti solat fardu yang lima.
Seterusnya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah itu ganjil dan suka kepada yang ganjil-ganjil. Oleh itu, witirlah kamu wahai ahli al- Quran. (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasa'ie, Ibn Majah dan Ibn Khuzaimah).

Hadis ini menunjukkan bahawa betapa eratnya ahli al-Quran dengan solat witir kerana al-Quran merupakan kitab Allah dan witir itu merupakan ketunggalan Allah. Justeru digabungkan antara al-Quran dan witir. Kemungkinan juga kerana al-Quran kebiasaannya dibaca pada waktu malam dan ketika solat. Justeru amat sinonim hubung kait dan ikatan antara solat witir dengan pembaca al-Quran.
Hadis seterusnya yang bermaksud: Solat sunat witir dikurniakan kepada kita oleh Allah, dan ia satu solat yang lebih baik daripada unta merah. (Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan al-Tirmizi).

Ini menggambarkan kedudukan sebenar solat witir yang begitu tinggi di sisi Allah. Sehingga Rasulullah s.a.w membandingkan kelebihannya lebih daripada unta merah yang amat bernilai di sisi pengembala unta dan orang-orang Arab yang kaya.

Demikian juga Rasulullah s.a.w menegur dan berlepas diri daripadanya orang yang meninggalkannya dengan sabdanya yang bermaksud: Solat sunat witir adalah benar melaksanakannya justeru sesiapa yang tidak solat witir dia bukanlah daripada golongan kami, Rasulullah mengulangi sebanyak tiga kali. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim).

Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh memelihara solat sunat witir sehingga baginda menyeru agar sesiapa yang khuatir tidak dapat mendirikannya pada lewat malam supaya mendirikannya pada awal malam.
Hal ini sebagaimana hadis daripada Jabir r.a berkata, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Sesiapa yang bimbang tidak dapat mendirikannya pada tengah malam maka berwitirlah pada awal malam, tetapi siapa yang mampu mendirikannya pada tengah malam itu dipersaksikan dan yang demikian itu adalah lebih baik.

Bilangan rakaat witir sekurang-kurangnya satu rakaat dan makruh melakukan satu rakaat sahaja. Sekurang-kurang sempurna solat witir ialah tiga rakaat. Iaitu melakukannya secara dua rakaat bersambung dan satu rakaat lagi berasingan. Namun, yang paling sempurna adalah melakukannya sebanyak 11 rakaat dengan mengucap salam selepas setiap dua rakaat dan diakhiri dengan satu rakaat.

Adapun waktu solat witir ialah selepas solat Isyak hingga masuknya waktu solat Subuh. Solat witir boleh dilakukan secara berjemaah dan menjadi sunat pada bulan Ramadan dilakukannya bersama imam selepas terawih.

Solat witir tidak boleh dilakukan dua kali pada satu malam. Ini kerana apabila diwitirkan dua kali nescaya menjadi genap. Seterusnya, witir amat digalakkan perlaksanaannya pada akhir malam dan penutup bagi segala solat sunat. Walaupun begitu jika seseorang sudah berwitir dan ingin solat sunat yang lain juga dibolehkan. Disebabkan arahan pada hadis tersebut ditafsir dengan maksud seelok-eloknya bukan sebagai satu kewajipan. Ini berdasarkan kepada perbuatan Nabi yang solat selepas solat witir dan inilah juga yang difatwakan oleh Syeikh Abd al-Aziz bin Baz.

Bagi yang melakukan solat witir diberi pilihan sama ada melakukan pada awal malam selepas solat Isyak jika dibimbangi tidak bangun pada malam tersebut atau pada akhir malam jika diyakini dapat bangun pada malam tersebut. Ini lebih baik dan afdal. Hal ini berdasarkan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim seperti di atas.

Semoga kita menjadi ahli witir dan qiamullail bukan hanya terbatas pada bulan Ramadan sahaja tetapi terus berlangsung selagi hayat dikandung badan.


~bisikan nurani~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...