Blogger Backgrounds

DArI hAtI~

SiMpULaN UkHwAH~



Photobucket

Photobucket

Photobucket

Tuesday, May 4, 2010

BuNgA YaNg CaNTiK~




Assalamualaikum...bersua lagi kita di alam maya..kali ini ku bawakan sesuatu yg sarat dgn pgajaran..m0ga menjadi renungan semua...

Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi..

Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.

Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai. Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin.

Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah.

Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari
keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa. Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.

Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya. Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya.

Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung
pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka. Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan.

Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya?

Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat. Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula diri wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan.

Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:

"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl:53


~bisikan nurani~

KeNaNgAn Di MaTriK TeRsAyAnG,KMPK~




Assalamualaikum..kembali bersua...alhamdulillah...apa habaq ( apa khabar ) iman dan hati anda hari nie?m0ga dipayungi kasih sayang Allah s.w.t...

Terus kpada main p0int...kali pertama dapat surat tawaran kmpk,sguh ku rasa sedih sgt...x sgup rasanya nk g jauh2..walau aku cuma berasal dari pearl island ( penang )..
impian nk dapat kmpp ja..tapi takdir Allah,Dia yg menentukan segalanya..aku terima dan pasrah...sepanjang dua semester di kmpk,banyak yg aku dapat..bukan stkat ilmu dunia,ilmu akhirat juga ku timba bersama...di sini juga,ku telah blajar sumthing yg sgt bernilai..erti kehidupan yg sbenar...

Sem 1....
ditempatkan di kelas H8T41...
kelas nie special sb x merasa stdy kat lecture hall...
kami brkuliah di BP ( bilik peperiksaan )..tapi,itu bukanlah pghalang...ada hikmah di sebaliknya...hubungan dgn kawan2 dan lecturer sguh mesra...sguh rapat brbnding sem 2..walau tiada air-c0nd,bukan menjadi masalah..alhamdulillah,aku lebih selesa jika tidak ber air-c0nd..kurang la selsema..

kawan baik yg sntiasa di sisi..zafirah dan tasya..luv b0th 0f u...ada sumthg untuk kamu brdua slpas ini insyaAllah..bnyk kenangan manis spjg sem 1..kngan sedih kurang la masa sem 1..ntah knapa..brbnding sem 2,em0si ku krg stabil..nanti ku ceritakan..

still ingat Hadi Akbar,sbgai ketua kelas..zafirah pn0l0ng..hani bndahari...ssguhnya tidak bnyk yg dpt ku tulis untuk sem 1..kawan2 kelas alhamdulillah..hbungan kami tiada masalah..

jika ada masa,nanti akanku ceritakan lebih lanjut masa sem 1..kngan yg indah bagiku..

Sem 2...
Em0siku kurang stabil pada sem 2..sguh pada mula aku x selesa..tapi kata 0rg,x kenal maka x cinta..jadi berjalanlah khidupan macam biasa..tapi ntah knapa,mgkin sb pwatakan ku yg sdkit tegas mybabkan ramai yg tdk brani mghampiri..

ku brkawan baik dgn salina ( mek kelate ) dan maryani ( dari j0h0r )..salina hepi 0rgnya..maryani sgt baik 0rgnya..sayang ampa dua..

terlupa nk tulis kelas..di sem 2..ku ditempatkan di kelas H1T7a..ntah knpa ada kelas a dan b..lebih baik x dak..risau wujud jurang pada mulanya..tapi alhamdulillah..ukhwah kami tiada jurang..

aku lbih banyak diam di sem 2..kcuali kelas BI...aku selesa brbicara..tapi tidak pada waktu lain..ntah knapa..mgkin stelah tjadinya salah faham..maaf ya..telah ku jelaskan dahulu..harap kau tidak samakan diriku dgn yg lain..aku selesa untuk tidak brbicara dgn kaum mu..pesan ayah terpahat di ingatan..

susah nak tulis apa yg trpendam di hati...cuma cukuplah sem 2 banyak mengajar aku erti sabar,erti kasih sayang,erti perjuangan..dan banyak lagi...

banyak lagi yg nak ku tulis..tapi tanganku kaku..cukuplah aku simpan rahsia ini..biar dalam ingatan selamanya..

apa pun buat yg mengenali diriku x kira sem 1 atau sem 2,ku susun 10 jari mintak maaf kalau ada salah dan silap spnjg pkenalan kita dlm masa yg singkat ini..

insyaAllah,ada j0d0h,walau di mana kita berada,tetap kan bersua semula..

hari terakhir di kmpk,mmbuatkan hatiku dilanda perasaan pilu..saat kereta ayahku mnggalkan kmpk,prasaan sebak mlanda diri..x dapat nak tipu diriku..sguh aku sayang kenangan di sini...kenangan suka duka yg x b0leh dibeli..

namun,epis0d baru akanku tempuh x lama lagi..dan aku harap kenangan itu dapat bersemadi di mem0riku buat selamanya..akhir kalam,C U D IPT ya..





~bisikan nurani~

SaLaM DiBeRi PeMuLa BiCaRa..~


Assalamualaikum...Alhamdulillah,rasa kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Rabbul Jalil atas IradatNya merealisasikan hasratku untuk memiliki sebuah bl0g...Selawat serta salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda..D0a disedekahkan kepada para sahabat tabiin,tabi' tabiin,para ulama dan cendekiawan Islam juga kepada seluruh umat Islam khususnya kaum Muslimat yg dikasihi..

Impian untuk memiliki sebuah bl0g telah lama ku pendam..cuma mengumpul bahan2 dan idea...impianku untuk menghasilkan bl0g yg berilmiah...juga tempat luahan hatiku di alam maya...

Aku mulakan dengan ceritakan serba sedikit tentang tema bl0gku ini..Warna pink menjadi pilihan,sebab pink warna feveret...(^_^)~..lay0ut nie aku pilih sebab " distance l0ve "..hmmm...apa g ya...a'aa...pasal lagu..dehearty~wanita...lagu nie aku pilih sebab diriku juga se0rang wanita..yg masih bnyk kekurangan dn plukan bimbingan..buat permulaan,aku k0ngsikan lirik lagunya..sem0ga dapat amik pgajaran..mmandangkan akhir zaman,dunia dipenuhi wanita...sem0ga kita terg0l0ng dalam kalanagn wanita s0lehah,wanita idaman..insyaAllah..

Kau digelar sebagai penyeri dunia,
Hadirmu pelengkap hubungan manusia,
Bukan saja dirindui yg biasa,
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa..

Akalmu senipis bilahan rambut,
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu,
Dua hatimu bak kaca yg rapuh,
Kuatkanlah ia dengan iman yg teguh..

Tercipta engkau dari rusuk lelaki,
Bukan dari kaki untuk dialasi,
Bukan dari kepala untuk dijunjung,
Tapi dekat di bahu untuk dilindung,
Dekat jua di hati untuk dikasihi,
Engkaulah wanita hiasan duniawi..

Mana mungkin lahirnya bayangan yg lurus el0k,
Jika datangnya dari kayu yg bengk0k,
Begitulah peribadi yg dibentuk..
Engkaulah wanita istimewa..

Didiklah wanita dengan keimanan,
Bukannya harta ataupun pujian,
kelak tidak derita,
Berharap pada yg binasa,
Engkaulah wanita istimewa..

Sedarilah insan istimewa,
Bawa kelembutan bukan kelemahan,
Bukan jua penghinaan dari Tuhan,
Bahkan sebagai hiasan kecantikan...


~bisikan nurani~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...