Blogger Backgrounds

DArI hAtI~

SiMpULaN UkHwAH~



Photobucket

Photobucket

Photobucket

Tuesday, June 29, 2010

UnGkApAn BiSu~




Assalamualaikum..

Tangan pantas menaip sesuatu..menaip sesuatu yang terbuku...namun tak dapat luahkan semua..7 hari 7 malam pun tak habis..sekadar menterjemahkan apa yang ada..

Melihat keadaan dunia, sampai dah tak tahu nak cakap apa..
Melihat keadaan Malaysia, kadang2 ingin sahaja bersuara..
Melihat keadaan keluarga, terasa tak nak jauh2..
Melihat keadaan diri sendiri, lagi la tak tahu nak tafsirkan..

Apapun keadaan, walau sekuat mana badai datang melanda 0mbak hati, walau aku tak tahu apa keadaan sebenar, walau aku tak pasti dengan apa yang berlaku di sana, hanya mampu meneka dan membuat andaian yang akhirnya memakan diri, walau aku sedar siapa aku sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan ...... walau aku tahu ada salah faham yang pernah berlaku atas tulisan ku pada sesawang maya, yang aku tidak bermaksud ditujukan pada sesapa melainkan diri sendiri, namun bila lihat kembali ayat b0leh mengundang salah faham lantas bertindak menjauhkan diri, yang berlalu biarkan ia berlalu.. dan walau aku tahu pers0alan itu tak sepatutnya aku suakan..juga aku perlu membiarkan....terdiam mengumpul kekuatan..

Aku harus tak lupa ucapkan Alhamdulillah..kalimah suci yang dihadiahkan..buat hambaNya yang mahu bersyukur..jika hidup hanya nakkan keindahan, pasti tak akan terasa erti hidup..jika hidup hanya nakkan penderitaan pasti tak akan terasa r0na kebahagiaan..jadi hiduplah dengan sederhana..alhamdulillah..hati bicara..akal menafsir..diri kena kuat..

Wahai diri..kuatlah..
Wahai hati..lupakanlah..
Wahai akal..maafkanlah..
Wahai Suhaila...cukuplah Allah bagimu..

Apabila pengalaman pertama dirasakan..barulah ku mengerti...betapa ada pahitnya..di sebalik bayangan kemanisan..tamparan hebat melanda pasir2 mem0ri..ya hakikat....inilah hakikat..

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati..

"Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa"

"Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia."

"Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang,jangan harap ia akan datang kembali"

Selepas n0ktah, aku harap aku seprti dulu..

Pujuklah hati dengan tarbiyah Pencipta, hanya kepada Allah aku berserah..pasti Dia mengerti kerana Dia yang Maha Mendengar..

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."(Surah Ali Imran: 139).


~bisikan nurani~

Saturday, June 19, 2010

Ke UPM SeRdAnG~




Assalamualaikum bl0gku...

Nampaknya pelbagai reaksi yg dapat ku lihat setelah keputusan UPU diumumkan...aku juga x terkecuali..alhamdulillah..syukur kepada Allah yg memberikan nikmat ini..

~Sains Bi0perubatan a.k.a Bi0medic di UPM Serdang Selang0r..

Bakal ke sana 2 minggu lagi, insyaAllah..

Walau yuran agak mahal, namun ku tahu ada hikmah di sebalik semua ini..terharu apabila mak ayah sudi berk0rban untuk sedaya upaya membayar yuranku ini..

Aku sedar kini tanggungjawab yang ku galas sebagai anak sulung makin menghimpit..tambahan pula, seramai 5 0rang adik-adikku masih bersek0lah dan sudah tentu semuanya memerlukan wang yg bukan sedikit..alhamdulillah..walau 0nak diri wang ini kadang kala datang, namun tidak pernah lagi kami adik beradik menghadapi krisis makanan..alhamdulillah...syukur..syukur..syukur..

Namun sebagai kakak, aku mahu lihat kami adik beradik berjaya membalas kedua jasa mak ayah..aku gembira apabila adik-adikku sedar akan peranan mereka sebagai se0rang pelajar..mari ku k0ngsikan serba sedikit tentang mereka yg mewarnai suka duka hidupku..

Ku mempunyai 3 0rang adik lelaki dan 2 0rang adik perempuan..

1) Ibrahim bin Dali..berumur 17 tahun..bersek0lah di Sek.Men.Sains.Tun.Syed.Syeh.Syahabuddin Bukit Mertajam..menjadi kebanggaan keluargaku..amat genius..tahniah baim..

2) Abdul Qhani bin Dali..berumur 16 tahun..bersek0lah di Sek.Men.Sains Kepala Batas..pernah menjadi ustaz sementara..ku terharu apabila duit gaji yg diper0lehi semuanya diserahkan kepada mak..tahniah qhani..

3) Abdul Razak bin Dali..berumur 15 tahun..bersek0lah di Maahad al-Mashoor Pulau Pinang..menjadi harapan keluarga untuk menjadi se0rang ustaz kelak..insyaAllah..se0rang yg cenderung dalam bidang agama..sering kali aku belajar sesuatu dari dia..dapat juga belajar ilmu qiraat..tahniah Razak..

4) Dalilah bt Dali..berumur 10 tahun..bersek0lah di Sek.Keb.Permatang Pasir..se0rang yg suka berusaha..amat sensitif..perlu diselami hatinya..tahniah Dalilah..

5) Nur Faizah bt Dali..berumur 5 tahun..adik b0ngsuku yg manja sekali...masih berada di pra sek0lah..amat bijak...dan c0mel..dialah buah hatiku..tahniah adik..

Tanpa sedar,ada titisan air mata di pipi..mungkin ini pertama kali ku bakal berjauhan dari mereka..sebelum ini hanya terdampar di Perak..akan datang di bumi penuh cabaran, Selang0r..sungguh ku takut..Ya Allah,tetapkan diriku di jalanMu..

~sudah jam 3.12 pagi..tangan kan berhenti menaip..tenanglah wahai hati..tidurlah wahai mata..rehatkah wahai minda..

di hati ada sesuatu yg terbuku..hanya Allah yg tahu..

~bisikan nurani~

Wednesday, June 16, 2010

SeMoGa BeRjAyA~




Semoga berjaya
Menjadi gadis mulia
Semulia diri Maryam
Semoga berjaya
Menjadi wanita faqihah
Sebijak minda Aisyah
Semoga berjaya
Menjadi perempuan tabah
Setabah hati Asiah
Semoga berjaya
Menjadi srikandi kebanggaan
Sehebat jiwa Sumaiyah
Semoga berjaya
Menjadi hiasan dunia
Seindah akhlak Rabiatul Adawiyah
Semoga berjaya
Menjadi isteri solehah
Sebaik budi Khadijah
Semoga berjaya
Menjadi wanita dan kekasih
Idaman hatiku
Kecintaan Tuhanmu..

~bisikan nurani~

Tuesday, June 15, 2010

MaLaM InI~



Allah jua penentu segalanya, namun aku masih di sini mencari, masih tak pasti.. Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah..Cahaya jingga kan menjadi nyata, ku menuju padaMu Ya Rabb.. Pimpinlah aku.. Amin..

~di keheningan malam, aku masih menulis...melengkapkan diari kehidupan..di kertas maya ini..aku hanya insan..maafkan aku kalau aku ingin katakan kata-katamu sangat pedih..tak perlu berkata begitu padaku...aku terima..namun aku tak lupa..terima kasih..aku x berduka..cuma kata-kata itu sangat berbisa..mungkin tidak padamu..tapi iya bagiku..sudahlah..aku maafkan..dan juga aku harap kau memaafkanku..akhir kalam..noktah..~

Perjuangan ibarat tiram di laut..
dihiris pepasir tercalarlah ia..
sungguhpun terluka tapi dipendam..
sungguhpun pedih tapi disimpan..
namun akhirnya dibalas mutiara..

~bisikan nurani~

Di SeBaLiK~



Di sebalik kepayahan dan kesusahan..
Pasti terselit kebahagiaan yg kadang kala tidak kita sedari..
Setiap kejadian di dunia ini semuanya adalah atas kehendak dan ketentuan Allah..
Dan pasti setiap yg terjadi itu mempunyai hikmahnya yg tersendiri..
Cuma kita sebagai hambaNya yg beriman perlu perbanyakkan sabar..
Sabarlah dgn ujian dari Ilahi..
Kerana di sebaliknya pasti akan hadir nikmat yg cukup berharga buat kita..
Pesanan buat semua saudara seakidahku..
Bersabarlah ke atas segala musibah yg terjadi ke atas diri kita..
Sudah lumrah dalam mengejar cinta Allah..
Jalannya penuh liku dan onak duri..
Kerana perlu diingat,sesungguhnya syurga itu manis dan jalan menujunya amatlah pahit..

~bisikan nurani~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...